cadangan makan
cari makan
Gemuk
Kelab Blogger Ben Ashaari
BUFFET RAMADHAN DI HILTON PETALING JAYA SEDAPNYA!!
11 March
Hilton Petaling Jaya nama yang cukup gah. Tak perlu diperkenalkan lagi. Kalau Bella, bila sebut saja Hotel Hilton ni, terus teringat Paris Hilton. Berpeluang merasa makan disini mewakili Kelab Blogger Ben Ashaari memang dah rasa cukup seronok. Mana tak seronoknya, belum puasa lagi Bella dah cuba BUFFET RAMADHAN DI HILTON PETALING JAYA SEDAPNYA!! Banyak sangat makanan yang Bella nak korang rasa dan cuba disini.
HILTON PETALING JAYA RESTORAN PAYA SERAI
Bella tiba di Hotel Hilton Petaling Jaya ini dengan bantuan HB. Bella rasa kalau drive sendiri mesti Bella sesat dan tak sampai - sampai. Masa sampai sini tak tahu nak parking mana. Ingat nak guna je parking valet, tapi RM30 Bella tak bagilah. Membazir rasanya. Parking je dekat bawah Hotel. Ikut jam. Parking mahal sikit, masa Bella nak keluar dari hotel ini, nampak banyak kereta parking bawah jambatan. Bella tak tahu rate dengan keselamatan parking dekat situ. Lepas parking kereta, terus masuk ke Hotel dan dibuka kan pintu bagaikan puteri. Restoran Paya Serai dekat sebelah kanan saja.
CERIA RAMADHAN DI PAYA SERAI
Cantik sungguh tempatnya. Selesa. Siap ada kumpulan yang memainkan muzik tradisional lagi. Bella disambut oleh pekerja - pekerja hotel dengan sangat ramah. Malu pula rasanya. Terus nampak disebelah kanan pelbagai jenis air dan buah - buahan. Mana pnadang. Kita terus masuk lagi kedalam.
BERBAGAI JENIS KUIH MUIH DAN KEK DI HILTON PJ
Banyaknya kuih muih dan kek yang sedap - sedap disini!! Percaya tak, Bella tak cuba satu jenis kuih atau kek pun. Rasa teramat rugi. Bella tak mahu membazir. Jadi Bella hanya ambil apa yang Bella nak makan saja. Bila tengok gambar ni semua rasa macam kenapa Bella tak ambil?? Seketul pun jadilah kan? Paling Bella nak makan sebenarnya adalah serawa durian. Tapi, bila dah makan kambing bakar, serawa durian dilupakan. Sayangnya. Bahagian kuih muih ini ada berbagai - bagai jenis kuih. kuih tradisional, kek pelbagai jenis, goreng - goreng (pisang goreng, keledek,sukun dll) bubur, serawa durian,dan macam - macam lagi. Korang tinggal kira kalori jela ye. Sedap - sedap wei. Boleh tahan ke kepada yang sedang diet tu? Bella berjaya nampaknya. Sebab putus selera. Laki tak ikut. Hahahaha.
BERBAGAI JENIS MAKANAN BARAT
Apa yang paling menarik perhatian Bella adalah ruangan pasta ni, sebab Bella teringin sangat makan Aglio Olio. Aglio olio adalah masakan pasta yang paling senang. Ruangan pasta ini ada bolognese dan carbonara saja. Kebanyakkan orang tak nak order sebab bayar mahal - mahal, baik goreng kat rumah kan? Tapi Bella teringin. Nak masak malas. Bella terus buat rayuan supaya chef Pasta ni, masakkan satu khas untuk Bella. Baik sangat chef ni. Dia kata ok. Saya akan buatkan untuk puan. Terima kasih chef hemsem. Eh2x. Sedap! Rasa bawang. Hehehe. Diruangan ini juga ada makanan lain salah satunya satay. Silalah pilih ya.
BERBAGAI JENIS MAKANAN TRADISI MELAYU
Ruangan Javanese ini paling Bella suka. Ia adalah gabungan makan jawa dan makanan tradisi Melayu masa musim perayaan. Di ruangan ini ada Lontong, serunding, ketupat, lemang, ketupat daun palas, rendang ayam dan daging dan paling istimewa ada rendang rusa!. Rasanya perrgghhh!! terbaik. Lemang pun ada banyak jenis. Ada lemang jagung, pulut dan pulut hitam. Bella sarankan kalau korang pergi berbuka disini, wajib rasa Rendang Hilton Petaling Jaya disini. Terbaik.
MAKANAN YANG MESTI CUBA DI HILTON PETALING JAYA
Diantara makanan yang terlalu banyak terhidang dan selain daripada makanan yang Bella senaraikan diatas, sini Bella nak highlight kan Makanan Yang Mesti Cuba Di Hilton Petaling Jaya. Kalau korang pergi berbuka disini, jangan lepaskan peluang untuk merasai kenikmatan Siput Sedut Masak Pedas, Sup Gearbox dan Daging Salai Dengan Rebung. Makanan - makanan inilah yang buat Bella teringat - ingat Hilton PJ ni.
FOOD TRUCK MAKAN SECARA SANTAI
Tidak abis disitu saja Buffet Ramadhan Di Hilton Petaling Jaya bersambung sehingga ke bahagian luar dengan kehadiran pelbagai Food Truck yang menyediakan makanan secara santai. Sedap - sedap pula tu. Paling terbaik!! durian boleh makan sampai muntah. HB kata durian kampung. Memang sedap. Korang jangan lupa rasa Char Keow Teow, cendol, laksa penang dan rojak yang disediakan di luar Hotel Hilton PJ ni. Bella makan santai di luar saja. Tapi, kalau korang nak bawa masuk durian makan dalam hotel pun, takda masalah.
BUFFET RAMADHAN DI HILTON PETALING JAYA SEDAPNYA!!
PRICE :- 15 - 17 May 2018 (RM169) & (RM89 KIDS)
18 May 2018 (RM189) & (RM99 KIDS)
11 Jun - 14 Jun 2018 (RM169) & (RM89 KIDS)
BELI LAGI AWAL LAGI MURAH!!! RM149 & RM79 KIDS
CONTACT NO FOR RESERVATION :- 03 79559122
WEBSITE :- www.zestPJ.com
JOM MAKAN DI HOTEL HILTON PETALING JAYA!! SEDAP WEI!!
4 ulasan
Waaa dah start makan buffet ramadhan. Meriah makanan dia
ReplyDeletedapnyerrrrrrr
ReplyDeleteperghhh sedapnya
ReplyDeletebertuah dah dapat rasa :)
haa mmg ada beberapa dish yag tak sempat rasa.. rugi laaa pulak rasanya
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.