16 July
IDEA SUSUN ATUR BARANG BAYI
16 JulyBella sebenarnya dah lama nak tunjukkan IDEA SUSUN ATUR BARANG BAYI anak Bella ni. Sebenarnya Afham pun dah besar. Setahun Enam Bulan dah....
Bella sebenarnya dah lama nak tunjukkan IDEA SUSUN ATUR BARANG BAYI anak Bella ni. Sebenarnya Afham pun dah besar. Setahun Enam Bulan dah. Baru curi masa taip blog. Maklumlah anak pertama, memang kelam kabut. Menelek anak je 24jam. Lebih - lebih lagi Afham tengah melasak. Allahuakbar, memang kurang kudrat nak melayan dan menjaganya. Banyak lagi Bella nak story pasal kejutan yang Bella rasa lepas ada anak ni. Macam tak tertanggung rasa penatnya. Tapi Bella nak kongsikan idea dan tips Bella susun barangan bayi anak Bella dulu.
Tips dan mengikut pengalaman Bella, kalaulah rumah korang tu ada 3 bilik. Lebih baik buat bilik tidur saja ketiga - tiganya. Jangan jadi macam Bella. Satu bilik dan buat bilik baju dan letak meja kerja, satu bilik dah buat bilik Gym, Satu bilik je memang jadikan bilik tidur utama. Maklumlah, Bella 8tahun baru ada anak. Jadi memang macam tak jangka ada juga rezeki anak akhirnya. Tapi, memang jadi kelam kabut. Kalau banyak duit takpe. Ini dengan nak simpan duit bersalin, berpantang, kelengkapan anak lagi, jadi Bella cuba berjimat sehabis baik. Laki pula jenis serah semuanya dekat Bella. Jadi Bella memang kena fikir yang terbaik. Laki kata takpe. Buat perlahan - lahan. Lagipun lambat lagi anak nak besar. Padahal masa sangat pantas yer, memang kena cepat dan pantas.
Jadi, dekat bilik baju yang memang dah penuh dengan baju Bella dan barang Bella, memang kena cari ruang untuk letak barang Afham Fayyadh. Satu almari lama Bella kosongkan dan ubai suai menjadi almari untuk baju Afham Fayyadh. Masa Bella susun ni, Bella dah sarat mengandung 7bulan. Semangat dan gigih sangat tau Bella nak sambut kehadiran Afham Fayyadh.Tunggu laki memang lambat la. Korang kena ingat, kalau korang ada anak memang para suami tak akan ambil peduli sangat pasal semua ni. Ni suami Bella la. Bella la duk pening sepanjang mengandung memikirkan apa yang Afham perlukan dan apa yang tak cukup. Nasib Bella dah tak kerja. Senanglah nak baca sana sini.
Meja tu memang biar dulu, atas, bawah, kiri dan kanan memang penuh sangat barang. Mana yang boleh buang Bella buang. Mana yang baru tak pakai lagi Bella jual murah murah sangat. Korang bolehlah tengok dekat IG @cute.item nanti Bella tambah barang baru bila ada masa lapang. Dijamin puas hati. Setiap pembelian memang dapat extra item percuma. Owh ter"promote"plak. Ahaks. Jadi bila Bella dah dapat susun atur untuk almari Afham, agak lega disitu. Bila puas ati dengan susunan semua almari yang ada, jadi tinggal susun barang sajalah.
Paling banyak dalam bilik ni baju dan bag Bella. Masa beli tak beringat. Konon nak buat kenangan travel. Bila keadaan macam ni, jadi serba salah. Nak jual sayang. Nak simpan tak tahu nak letak mana. Masa ni, kretiviti sangat penting. Nasib Bella kretif orangnya. Gitew.
Sebelum ni, bahagian sinilah Bella letak almari buku tu. Lepas Bella buang semua buku yang ada, tinggal dokumen penting saja, jadi muatlah rak ni untuk letak buku - buku. Ok la. Rasanya nampak kemas juga.
Muatlah almari Afham Fayyadh diletakkan disudut tepi. Ngam2x je sizenya dekat situ. Paling penting Bella nak mudahkan kerja CL nanti cari barangan bayi. Kalau letak almari Afham jauh kedalam takut dia jadi susah plak. Setakat ni semua barang Afham dan lengkap rasanya. Tinggal lampin pakai buang saja.
Semua tu baju "newborn". Tapi Bella tak faham memang ada size yang sangat kecil dan ada size yang besar. Ada beberapa helai baju yang Afham boleh pakai beberapa hari sahaja dan ada baju yang Afham boleh pakai sampai sekarang. Memang comotlah citenya. Anak PKP kan, memang setahun dah duduk ruamh saja, pakai baju comot pun ok. Haha.
Atasnya saja hiaskan dengan patung comel - comel kesayangan Bella. Nampaklah sikit ini almari bayi. Almari ni sebenarnya takda penyangkut tau. Memang almari buku. Nasib laki Bella pun kretif dia tolong Bella pasangakan penyangkut ni. Memang ngam2x cantik je letak baju Afham. Hanger tu pun Hanger baby. Kecil sangat sizenya. Kalau korang gantung dekat penyangkut biasa, memang susah nak masukkan baju dalam penyangkut. Nak keluarkan baju pun susah. Guna penyangkut kecil ni, senang kerja.
Tepi celah - celah almari tu, ada sikit ruangan. Jangan dibazirkan. Bella sangkut bag Baby. Afham menyusu badan jadi bag ni memang jarang guna. Kadang - kadang saja guna kalau nak bawa baju dia. Kalau tak, lampin, lapik kalis air dia, botol air masak, semua letak dalam bag tangan mama je. Sebab tu jangan tanya kenapa bag tangan orang perempuan ni berat sangat.
Bahagian ni Bella letakkan barut, sarung tangan dan sarung kaki. Tepi tu nampak kosong, tapi sebenarnya penuh lepas ni dengan kasut baby. Terbeli besar plak tu. Lepas tu plak makin penuh dengan baju sebab makin lama banyak baju tak muat.
Ruangan bawah ni pula, Bella letak segala jenis tuala untuk Afham. Tuala kecil dan besar. Selimut dia dan juga bedung dia.
Tips tambahan dari Bella :-
- Barut lebih baik korang beli jenis bertali. Barut moden yang jenis lekat tu memang tak membantu. Asyik naik keatas saja sebab bayi lasak. Mengeliat sana sini memang barut naik ke dada. Ketat macam mana pun memang naik ke dada.
- Beli baju saiz newborn yang kecil cukup 3helai macam tu je. Macam Afham, lahir 2.98kg tak sampai sebulan berat makin naik. Baju kecil newborn semua tak muat. Bella perasan baju newborn anakku size dia lebih besar. Memang besar sangat. Afham muat lagi pakai sampai sekarang.
- Bedung moden jenis lekat pun tak membantu. Semua kata susah nak pakaikan dekat baby. Baby pun nampak tak selesa. Kain bedung beli lebih pun takpe. Memang banyak sangat kegunaannya. Tapi Bella beli kain bedung modern 2helai pun tak terpakai.
- Selimut bayi tak perlu sebab bayi dan berbedung. Tak akan nak berselimut lagi. Beli yang nipis saja buat tutup bayi masa dalam stroller. Macam Afham tidur atas katil dengan kami. Kadang - kadang comforter kami tutup saja badan dia. Tapi bayi yang menyusu badan memang panas. Dorang tak selesa pakai selimut. Selimut bayi Bella Bella 3helai. Masa dalam hospital je guna satu dan sekali. Lepas tu simpan je. Huhu.
Semoga tips - tips Bella ni berguna buat ibu - ibu baru. Kadang - kadang anak pertama kita memang sangat excited. Tapi musim sekarang ni lebih baik kita beringat dan berjimat. Selagi boleh jimat kita jimat kan. Salam.