cari makan!!
Makanan Sedap
Apa Yang Sedap Di Restaurant Adam Lai
01 MarchHolaaaaa....
Kengkawan semua sudah makan ke belum? Haaa???? belum? samalah.Bella hendak kongsikan dengan korang satu tempat menarik yang Bella dah makan. Yummy??? Kena cuba dulu baru korang tahu. Bella seronok hendak cerita dengan korang satu hari ini Bella makan apa. Sebab manalah tahu korang pun hendak cuba. Sebab makanan ini semuanya sedap - sedap belaka. Tapi mengikut tekak Bella la.
Mushroom & Cheese Danish |
Sebelum Bella kongsikan makan malam Bella, hendak bagitahu korang yang dekat Starbucks Bella tercuba makan roti mushroom yang diberi nama Mushroom & Cheese Danish Serius sedap. Bella teringat2x tau. Minta staff kat situ tolong panaskan jap.fuh. Sedap.Kejunya rasa sungguh keju dan rasa ]cendawan segarnya.. Serius sedap!! nak lagi...Bella lepak sini nak tunggu dinner.
HB ni memang ada satu perangai yang Bella rasa macam pelik.Dia tidak suka nak makan ikan bakar ke, stim ke atau makanan berat-berat ini waktu tengah hari. Salah ke? Bella ajak pergi Restaurant Adam Lai ini masa makan tengah hari saja, dia tak mahu. Dia kata ada ke orang makan lunch? eh.. salah ke? Sebab dia beria-ria tidak mahu. Lepak la sini dulu. Kalau makan berat sangat nanti tidak lalu nak makan malam. Sebab itulah Bella makan dekat Starbucks saja.
Kedalam juga la kedainya |
Bila dah malam kami pun geraklah ke kedai ni. Rupanya kedai ini ada 3 outlet, yg kami pergi ini adalah di Batu Caves. Kawan yang cadangkan cakap makanan semua kat sini sedap. Ok la..dan paling menarik salah seorang pengasasnya adalah Abby Yus.
Pertama kali datang mesti tidak tahu hendak pesan apa kan? Disini korang pesan je la pe2 pun sebab semuanya sedap. Betul.
Siakap Goreng Tiga Rasa |
Sedapppp ok.Rasa yang lain sangat dengan kedai tomyam atau kedai melayu. Sedap dengan kata lain cara Chinese food dimasak la.
Shark fin Soup |
Korang kan sudah selalu makan tomyam. Apa kata korang cuba sup baru. Shark fin soup. Kalau dekat Restoran Seri Melaka (siapa pernah pergi makan?) sikit je dapat. Mahal plak tu. Dekat sini puas. Air kat sini pun sedap. Ada beberapa lagi makanan yang Bella order. Selalunya Bella akan order ikan siakap la. Kat menu ada fish slice kalau macam tak abis kan.. boleh order fish slice,tapi rasanya tak se ummpppp macam ikan seekor.Picture lain tak sempat nak snap. Sebelah table kitaorang tu tengok semacam je.. ingat tangkap pic dia ke hape..Apa? Ingat lu Artis?
Ok.. setakat ni dulu.. nanti Bella cerita lagi apa yang sedap. Percaya la pada lidah Bella... mmng sedap. Harga? terpulang pada menu. Kalau dah ambik ikan seekor sediakan la seratus. Barang baik, mestilah mahal kan?
Salam jumpa lagi.
0 ulasan
Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.