Bajet
Bercuti
Krabi
Travel York
Penginapan Bercuti DI Krabi Thailand!!
21 SeptemberSawadikap...
Sape nak pergi Krabi?? Awak? ok..jom Bella share tip Ke krabi. Bella TAK suka cerita hari pertama..bella buat apa..hari kedua buat apa.Panjang sangat kan korang nak cari isi - isi penting dalam tu. Pastu kadang - kadang tergantung je kat situ.Kadang- kadang Bella pun geram baca. Adui,tapi sape nak itinerary leh la request kat ruagan comment...
Firstly kita mestilah nak tahu kita nak tinggal kat mana kan? Penginapan yang akan kita cari dulu. Memang sangat penting untuk ini sebab dari penginapanlah akan menentukan bajet untuk makanan, pengangkutan dan aktiviti kita disana. Bella memang buat research sebab bella lebih suka percutiaan bajet dari percutiaan mewah.BLOGGER yang banyak membantu bella adalah www.nadiafarahida.com salah satu blogger favorite bella la. Kalau nadia baca sila jangan nangis yer.. hehehe.
Nadia mencadangkan ambik hotel Aonang Goodwill Hotel (click je link.Pic diatas dari blog nadia la:) Perbezaan percutiaan Nadia dan Bella,dia pergi reramai bila pergi berdua saja. Maknanya kalau ramai lagi jimat.Boleh la tong - tong. Ramai member Bella nak ikut, tapi slow jadi tinggalkan je la. Sebab promo AirAsia bukan boleh tunggu. Malangnya masa Bella nak book tu penuh. Puas Bella cari thru website dia, agoda, booking.com semua full. Sangat frust. hmm. Kenala cari hotel lain. Kenalah minta tolong Trip advisor. Korang pun boleh la tengok kat sini http://www.tripadvisor.com.. Sangat membantu.
Jadi ni lah bilik yang Bella pilih. Macam melawan pic bilik plak. hahhaha.Habis survey bella pilih hotel ni. Harvest House. Memang hotel bajet la. Aonang goodwill besar dan cantik lagi kot. Tapi Bella sangat puas hati dengan bilik Bella. Siap dorang buat Decoration Penuhkan bilik Bella ngan bunga lagi...Yeeeeahhhh!!! bestnya. Ada tip tau kalau nak dapat bilik siap di deco. Korang baca je sampai abis entry ni. Bukan next entry tau. Lokasi hotel ni pun terbaik dan paling nak dijadikan cerita lagi Hotel ni selang satu hotel je dengan Aonang Goodwil hotel tu!! OMG!!! memang penuh dengan orang dari Malaysia. Hotel Bella banyak Omputih backpacker.
Bolehlah korang ber romantika dalam bilik tu dengan ditemani dengan taburan bunga serta bau-bauannya yang wangi. So sweet!! Memang ada banyak pic yang lagi awesome dan romantics dari Bella didalam bilik yang serba mewah tapi Bella cukup bersyukur walaupun hanya dengan bajet yang ciput,percayalah...kebahagian yang dirasa sama saja. Bilik mewah ke, bilik bajet ke, bilik bersepah ke, bilik atas air ke,bilik kotor jangan yer.. geli.Kebahagiaan yang kita rasa tu sama je. Janji bersama yang tersayang. Bella cukup puas ati walaupun hanya didalam bilik bajet hati tetap berbunga riang. Cewah.
Keadaan didalam bilik yang cukup-cukup bersih. Owh,tapi nak naik bilik kena guna tangga, but its ok je. Hotel bajet la kan.. Ada freeze. Ada almari baju. Meja mekap dua kerusi.Bilik air ada bath tub dan yang paling cute semua benda di lipat bentuk kipas macam lapik kaki tu. Tisu tandas pun dorang lipat.Cute kan?Memang Cukup complate dan sangat selesa. Paling penting around your and my bajet. Kedai makan??? korang jalan je ke atas sebelah kanan penuh dengan kedai makan. Korang jalan turun ke bawah sebelah kiri pun penuh dengan kedai makan dan terus ke pantai...Yuhuuu.. bestnya.
Ada balkoni dan kerusi. Mungkin untuk lepak-lepak atau makan kat sini. Bella jarang guna dan buka pintu ni. Sebab pemandangannya hanya la pokok-pokok dan nampak plak hotel - hotel sekitarnya. Kalau sentiasa buka takut orang di hotel lain nampak plak aktiviti kita menukar baju semua. Hahhaa. Lagi satu takut nyamuk masuk. Bella hanya buka untuk sidai baju saja.TV tak pernah pasang.Hahha..penat.
Sebelum sampai sini, Bella book dan berhubung guna email saja.Korang pun boleh email. harvest.house@hotmail.com. Bella book thru booking.com then booking.com forward email Bella to Harvest House. Bella ada additional request.Bella tak booking direct dengan harvest house. Terbaik pasal booking.com Bella tak yah bayar dulu. Maknanya, kalaulah x leh pergi, dia akan bagi kita a few day untuk cancel booking. Masa Bella pergi tu plak peek season punyalah susah dapat hotel. Nasib booking.com ada hotel awesome ni untuk Bella.Owh lupa plak, harga hotel ni untuk 3hari 2malam hanya THB2610!! murah kan??
Perjalanan ke hotel ni agak jauh la. Bella tak tau berapa KM dan berapa min sebab Bella fail bab tu. Tapi HB kata jauh juga la. Additional request Bella,termasuklah transport pergi dan balik dari airport. Atas tu la driver kitaorang. Dijemput guna toyota camry la you.. hehehe.. kira ok la. Bella juga minta supaya bilik Bella di deco untuk honeymoon.Kira Tip la ni. take note please...
"I also need my room have full decoration for my honeymoon. I also need
airport transfer from airport to your hotel. If not possible i want to
know tour if i want do activities for riding elephant, emerald pool etc."
Nanti dia akan reply la email korang sama ada diaorang boleh deco kan atau tidak. Pastu transport harga asing yer.. 600bath Bella bayar untuk sehala saja.Satu kereta.Kalau lain2x condition Bella tak tau. Bayar kat driver tu je. Ok kan?
macam Bella dorang reply macam ni.
"Thank you for you email now we book the room for you already and decorate
the room for honey moon too if you want to book the taxi please detail
the flight."
>
> Thank you
>
> Harvest house
>
> Sent from my iPad
Senang je kan? Tapi ada yang lagi murah dari 600Bath tu. HB yang tak mau jalan-jalan cari transport. Bella book je la.
Ok..sampai sini dulu review Bella pasal HARVEST HOUSE HOTEL sebagai penghargaan Bella kepada dorg yang layan kerenah Bella dengan baik. Hotel ni pun ada sarapan. Tapi Bella tak ambil. Boleh order ngan dorang sarapan. Pastu boleh juga suh dorang datang bilik massage. Syok kan? Nanti Bella sambung balik tip lain. Lepas ni tip-tips lain plak ok?
Entry pasal Krabi yang lain disini..
- Pengangkutan Dan Makanan Bercuti Di Krabi Thailand
- Intinerary Ke Krabi
- Bercuti Di Krabi Island Hopping
- Bercuti Di Krabi Elephant Trekking
Ok.. Selamat menbaca dan semoga bermanfaat.
35 ulasan
hai bella....saya pun baru berblogging....suka la blog awak...hopefully awak dpt follow blog saya jugak.
ReplyDeleteSelamat berblogging.. have fun ya..
Deletesuka baca....
ReplyDeleteTerima kasih ya..
Deletesuka baca
ReplyDeleteTHANK YOU.. :)
DeleteHai bella awk gi x pulau2 kt sn
ReplyDeletepergi...
DeleteHai bella nk tny awk gi x pulau2 kt sn
ReplyDeletehttp://isabellaidura.blogspot.com/2014/09/bercuti-di-krabi-island-hopping.html
Deletetgok kat link ni ya..
Hai Bella... sy pun akan ke Krabi Jan 2015.. btw, free2 mari la singgah blog sy.. adieraa.blogspot.com
ReplyDeleteHave fun..
DeleteHai bella,nk tnye klu nk cancel booking kt www.booking.com kna byr ker klu sblm 2 minggu?
ReplyDeleteKena baca term and condition.Kadang-kadang kena. Kadang2 free.
DeleteHai bella, nk tnye booking.com tu mse ble die amik payment?klu nk cancel kna byr x klu 2 minggu before date tu?
ReplyDeleteBella selalu ambik yang condition bayar bila dah sampai. Jadi time booking tu memang free.
DeleteSalam. Nk tnya bilik utk 3 org ada tak di krabi?. Ermm area2 hotel ni. Terima kasih atas informasi
ReplyDeleteAwak ambik je bilik besar then tambah tilam. Lagi jimat. Kalau setakat nak tambah seorang la.
DeleteLeh share itinerary x?
ReplyDeleteleh.. nanti saya buat.
DeleteAwak, share itinerary boleh? saya plan nak gi 16hb march nih :)
DeleteBoleh jadikan rujukan kalau suatu hari nanti sy nak p sane...😙
ReplyDeleteAgak2 kalau nak p terjah ja,duit kena bawak berapa ratus sorang? Bajet dalam 3h2m?
ReplyDeleteRm500.00 cukup kalau x shopping.😊
DeleteSalam perkenalan. Best tengok blog awak. In sha allah akak pon akan pergi hujung minggu ni. Jemput follow aku suka terbang.blogspot.com
ReplyDeleteTerima kasih.
Deletelizaboarding.blogspot.com
ReplyDeleteAssalammualaikum,
ReplyDeleteklu sy nak request itinerary bolej? :)
ma.firdaus@gmail.com
Salam...Mr.firdaus.. adalah kat atas tu dah share intinerary...
Deletesalam sis .. nak tanya satu malam brpe harga blik mcm sis? and request decorate mcm tu kna add duit tak? bolh x sis emailkan kat sya d email sy ummisohaimi@gmail.com...tq sis
ReplyDeletesalam sis .. nak tanya satu malam brpe harga blik mcm sis? and request decorate mcm tu kna add duit tak? bolh x sis emailkan kat sya d email sy ummisohaimi@gmail.com...tq sis
ReplyDeletesalam sis .. nak tanya satu malam brpe harga blik mcm sis? and request decorate mcm tu kna add duit tak? bolh x sis emailkan kat sya d email sy ummisohaimi@gmail.com...tq sis
ReplyDeleteKena tengok booking.com. Saya dah cerita semua dalam blog. Terima kasih.
Deletetq .. anda juga telah menyumbang sikit sebanyak info krabi ni utk saya yg dah lama nk tahu
ReplyDeleteSama - sama. Alhamdullilah.
DeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.