­
Percutian Ke Pulau Redang - Day TWO - Bella Idura

Percutian Ke Pulau Redang - Day TWO

Hai korang, nak pergi bercuti ke? Bella cadangkan korang ke Pulau Redang.  Boleh la korang check it out Pengalaman Bercuti Di Redang Day On...

Hai korang, nak pergi bercuti ke? Bella cadangkan korang ke Pulau Redang. Boleh la korang check it out Pengalaman Bercuti Di Redang Day One.  Ini pengalaman Bella hari pertama di Redang, Jadi hari ni Sambungannya la yer... Percutian Ke Pulau Redang - Day TWO

Esoknya aktiviti kami tetap penuh dengan aktiviti snorkeling. Dari pagi sampailah ke petang. Nama - nama tempat yang Bella snorkeling tu Bella tak berapa ingat, tapi antara yang Bella ingat, tour guide tu bawa ke satu tempat  Taman Laut kalau tak silap. Korang pernah tengok tak? National geographic??? Dimana bila cameraman tu rakam gambar ikan, ikan tu bergulung-gulung beribu-ribu mengelilingi cameraman tu? Macamtulah keadaannya kat situ. Awesome gila!!!


Redang

Tempat snorkling yang lain - lain semua kat laut dalam. Satu lagi tempat yang agak lain dari yang lain, bila Bella snorkling  kat tempat shark. Tujuan nak mengintai baby shark. Masa ini telah dipesan, jangan ikut baby shark ini terlalu rapat atau mengejar dia berenang terlalu jauh. For sure kita Akan jumpa shark iaitu maknya la. Semua orang time nie dah penat dan letih, lebih - lebih lagi bila member seorang dah kena jellyfish. Makin kurang la mood nak ber snorkeling, jadi hanya Bella dan kawan Bella Faz ditemani pemandu Bot ini jer yang snorkeling cari baby shark. Rugi dorang, sebab tempat ini saja yang kita akan jumpa baby shark. Tempat lain takda.  Jadi sangatlah rugi tak snorkeling kan??

bercuti di terengganu

Bella pun pergilah snorkeling. Bella baru saja belajar snorkeling masa sampai sini. Jadi, idoklah Bella berani mengejar baby shark tu sangat. Masa kat taman laut tu, member Bella bagitau, driver boat bawa dia snorkeling sampaikan dia kata semua keindahan laut dia nampak. Satu pulau pakcik tu bawa. Jelousnya! Bella HB yang pimpin tangan, masalahnya dia poyo. Nak bawa Bella tapi tak nak pakai jaket keselamtan. Bila Bella pegang sikit tenggelam!! Hello!! bila tengok macm tu boleh ke ke berenang dengan happy? Kesayangan kita tenggelam tercungap -cungap dekat depan. Pastu ditambah lagi siap kali dia berenang katak, abis ditendangnya muka Bella. adoii!!! 

Jadi untuk melihat kekuasaan ALLAH s.w.t ditempat baby shark ni, Bella ikutlah pakcik tu untuk snorkeling. Dekat pit stop shark ni. Tiada terumbu karang yang cantik. Semua mati. Batu Karang mati!! kalau kat pantai biasa, pantainya diseliputi dengan pasir yang memutih lagi halus, mulus dan cantik kan?? tapi tidak untuk pantai yang dipenuhi shark ni. Pantainya penuh ngan batu karang yang dah mati. Kalau korang pijak, memang sakit abis la. Kena jalan perlahan - lahan dan hati - hati.


Baby Shark, jerung

Nampakkan? Percaturan ALLAH s.w.t kat situ? Contohlah, dicipta pantai yang cantik dan memutih dekat kawasan shark ni, mesti banyak kemalangan kena makan dengan shark berlaku. Kan? Masa Bella sampai saja dengan pakcik  tu dekat kawasan baby shark, Bella terus tanya pakcik tu. "Mana pakcik?  takda pun??? " pakcik tu kata "jauh ke depan lagi" Hah??? cuakk beb!! Tak pandai berenang ni. 

Bila korang benamkan muka ke laut dalam untuk lihat baby shark, korang akan nampak kawasannya sangat gelap. Terumbu karang yang tinggal hanyalah yang berwarna hitam, kelabu dan putih. Menakutkan. Seriously macam kawasan tiada hidupan. Jalan terus ke depan eh.. berenang terus ke depan dan Bella dapat lihat sekumpulan ikan jerung sedang bermain-main sambil berenang perlahan mengintai ikan - ikan kecil. 


pulau cantik, pulau redang,

Pakcik menyuruh kami memperlahankan renangan dan melihat kebawah. Sambil memberi signal patah balik sebab baby shark semakin banyak. Maknanya mama dia berdekatan dengan kami la tu. Baby shark tu comel sangat. Macam kulit baldu berwarna biru nila. Sangat cute!!! Anak -anak ikan jerung tu berenang perlahan menghampiri kami dan berhenti sambil merenung kami. Tiba - tiba terus lari berenang meninggalkan kami. Macam la kitaorang berani nak sentuh awak baby shark!!


pulau redang

Lepas bermain - main dengan segala jenis ikan di Pulau Redang ini, kami pun pulang. Petang tu sementara tunggu dinner, kami hanya merehatkan badan. Esok dah nak balik. Sedeynya. Punyalah baik owner cafe ni bagi kami ambil kelapa diaorang. Hahhahaha.. syok juga minum air kelapa tengah-tengah panas. HB yang panjat taw.. Baik sangat.. hahahaha..


pulau redang

Inilah keluarga kami disini. Kebanyakkannya kami baru je jumpa disini. Kami bergambar bersama-sama sebelum pulang. Persahabatan yang ringkas ini ternyata amat bermakna buat kami. Hahahaha.. sampai sekarang Bella masih ingat yang dorang ni kelakar sangat. Boleh dikatakan semua aktiviti kitaorang dan jadual kitaorang adalah sama. Tu yang boleh lagi erat tu. Dorang suka sangat joget oppa nganam stail. Bella pun happy tengok.

Redang, Percutian, Redang

Cantik sangat picture ni kan?? Korang pun di nasihatkan pakai selipar tau.Bella pun tinggalkan kasut dalam kereta. Kitakan duduk kat pulau.Memang kat pulau je. Berpasir. Takda shopping mall semua. Cendarahati pun takda orang jual. Line internet??? hmm jangan harap!! hahahaaha.. please just spend your time and share your great moment here. Tanpa gangguan.

mutiara resort redang

Bye - bye Pulau Redang, Keindahan dan keunikkan Pulau ini tidak akan kami lupakan. Kecantikkan lautnya, keindahan pantainya, kedamaiaannya yang lagi gempak dari phuket, krabi, dan pantai - pantai lain. Seronok sangat - sangat masa disini.

Semoga bermanfaat. Salam. 

You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.