­
Telco Prabayar Yang Membebankan!!! - Bella Idura

Telco Prabayar Yang Membebankan!!!

Salam semua, hari ni Bella nak kongsikan mengenai bad experience menggunakan beberapa perkhidmatan jalur lebar. Bella dah guna kebanyakkan...

Salam semua, hari ni Bella nak kongsikan mengenai bad experience menggunakan beberapa perkhidmatan jalur lebar. Bella dah guna kebanyakkan jenis perkhidmatan jalur lebar. Benda yang paling penting di zaman maju ini kan? Kalau takda, boleh mati kutu, mengalami kemurungan berpanjangan dan masalah tidur tak lena. hehehe.😜😜 Jadi, sebagai sedikit panduan untuk korang yang nak melanggan line internet terbaik, Bella nak kongsikan pengalaman Bella sendiri bila tersalah pilih Telco Prabayar Yang Membebankan!!!

u mobile, celcom, TM, P1

Bella pernah guna maxis. Line punya, Bella join dengan BF Bella. Dulu maxis ada buat promotion no utama boleh sub kan linenya kepada orang ke 2 ke 3 atau ke 4. Tapi bill orang pertama yang tanggung tau. Kebaikannya, bila kita call sub line kita, percuma. kalau lebih qouta yang dia bagi pun, rate akan lebih rendah. Sms percuma 300. dll la. Jadi, Bella pun tertarik untuk cuba. Bill pertama dah problem. Dia buat separate bill. Bella punya la pulun guna data semua, tengok bill charge mahal! giler!!

Bella pun apa lagi, pergilah complaint. Dia kata, staff dorang buat betul. Bella yang salah pilih plan.Kita pengguna, kalau betul tak kan la Bella nak datang complaint kan?? Staff yang bernama mas (bukan nama sebenar..walaupun dah lebih 8 tahun tetap tak leh lupa pekerja tu) kata dorang tak salah. Kalau nk waive kena pergi HQ, minta refund. Jadi, dorang buat balik ikut plan yang Bella nak.

maxis makan duit orang

Lepas beberapa bulan, Bella rasa plan tu langsung tak menguntungkan. Tiap - tiap bulan bill tetap melambung dan mahal walaupun no tu hanya untuk Bella dan BF bella je berhubung. Dulu mana ada whats app. Bella kalau ikut hati nak terminated saja no tu, sebab bila dah tukar plan ni, No yang Bella pakai, hanya boleh diguna untuk plan ni saja. Tapi, BF sayang sangat dengan no dia, Tak bagi terminated sebab nanti kena guna no baru. Maxis kata cara lain buat sparate bill dulu. Ok la, Bella setuju buat sparate bill. Tapi, kena denda. Teruk betul. Duit aritu tak refund lagi. Kena denda plak. Malas nak fikir panjang dan nak settle kan je benda ni secepat yang boleh Bella bayar je denda lebih kurang rm300 plus dan Bella tanya minta confirmation.  Semua settle yer?? Pekerja tu kata settle!

hotlink, maxis


Trauma tak mau guna Maxis lagi. Lama juga. Tapi, ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bella terserempak dengan promoter celcom. Beria - ia kata fix rate rm28 je sebulan untuk penggunaan call dan sms. Ingat sangat masa tu kat Jalan Tar. Bella pun setuju. Cuba la check guna ic. Sekali, budak tu kata " sorry kak, nama akak blacklist la, kena check ngan maxis." aduiiii!!! menyirap. Aritu kata dah settle semua. Penggunaan no BF plak tu. Adoiii!!! tak leh la cakap banyak, apa - apa bukti pun takda kata dah settle everything haritu. Nak cantikkan nama, Bella bayar je la dalam Rm189. Maxis sangat - sangatlah Bella pangkah sampai sekarang. Ini pengalaman lama Bella sila jadikan rujukkan.

P1-wimax!! siapa pernah dengar?? P1 sekarang sedang buat promosi sakan dekat radio Era. Bella pernah guna P1 sebab kawan yang suggest. Kawan kata P1 sekarang gempak dan laju sebab masih baru. Bella plak masa tu tengah cari modern yang sesuai untuk berinternet. Bila member cadangkan, Bella terus la subscribe  P1-Wimax tu. Mula - mula memang laju. Lama kelamaan ia menjadi sangat perlahan. Bila Bella call customer service P1, dia mesti suruh pusingkam modern tu.. kadang - kadang langsung takda line. 

p1 wimax

Fed up giler!! bila Bella complaint dia kata sebab Bella duduk kat apartment tinggi jadi line slow. Apa pasal pula? line tu tak larat pnjat ke? P1 ni dia contract. Selagi tak abis contract kita dengan P1, kita tak boleh cancel. Kalau cancel kena denda. Contract selama dua tahun, jadi kalau nk cancel dia akan kira penggunaan kita selama 2 tahun tu walaupun kita tak guna lagi. Senang sungguh buat duit. Jadi, bella gigih juga la bayar selama 2 tahun dan cancel. 



Dua tahun Bella cancel P1 tu, tapi penggunaan bulan tu dah bayar awal. Masa nak pergi   terminated tu, Bella bawa modern P1. Petak hitam tu, staff tu kata dia dah terminated kan, Bella tak payah buat apa-apa dan modern tu Bella boleh ambil. Apa??? betul kew? Dia kata betul. Ok la.. senang hati sebab Bella dah terminated line, tapi modern yang lembab ni bella nak buat apa?? Buang dalam longkang jela kot.

Selang seminggu, Bella asyik dapat sms dari P1 yang menyatakan Bella berhutang lagi dalam rm300. Minggu depannya dapat lagi sms kata rm600 tiap - tiap minggu sentiasa bertambah. Mula - mula Bella nak ignore je. Tapi macam menakutkan la pulak. Bella call center dan memang nama bella clean tidak ada hutang dan tunggakkan. Ntah macam mana, Bella ternampak kat fb group P1 Wimax S***ks kalau korang nak lagi detail, cuba korang klik kat link tu dan baca. Rupanya, P1 ni akan masukkan nama yang tak bayar dalam CTOS. Giler ke apa???

Bella pun mengelabah!! download check ctos Bella macam ne. Alhamdulilah takda sangkut ngan P1. Baru-baru ni ada cerita dengan member Bella pasal P1 ni. Rupanya!!! Dia juga adalah mangsa P1. P1 dan masukkan nama dia dalam CTOS. Dia kata, mula - mula, dia tengok kat bill hutang dia ada lagi rm30 sahaja, tapi dia abaikan dulu sebab pembayaran perlu dibuat di Petaling Jaya. Dia kat Johor masa tu. Selang berapa tahun kemudian, sampai lagi surat dan kali ini hutang dia sudah berganda menjadi rm1k lebih! dia kata.. "malas aku nak bayar." Bella just pesan kat dia, terpulang tapi sila check nama dekat CTOS.

Celcom!! sekarang Bella tengah guna Celcom. Bukan sebab terbaik or tiada masalah, tapi sebab terpaksa. Kat kampung Bella ada line celcom sikit. Sikit lebih baik dari tiada langsung. Sebenarnya, Bella banyak bad experience dengan celcom ni. Bella terdetik nak buat pos ni sebab celcom la. Buat taik. Dulu Bella dengan HB guna line. Itupun Bella yang paksa sebab kita asyik call saja. 




Kami subscribe line Celcom. Line yang kami pilih, akan memberikan kami free panggilan. Bella tak ingat berapa jam, tapi memang berbaloi. HB kata cukup tu untuk sebulan. Bill pertama dah problem. Sepatutnya, bayaran bulanan kami hanyalah rm100 macam tu tapi HB kena dalam rm300 lebih. Bila check dengan celcom, HB ada menggunakan internet.  What???? Guna hp nokia keypad bulat je. Rupanya hp tu boleh surf internet!! dan yang paling harunya, Celcom tak sekat pun. Dibiarkan saja bill tu melambung. Padahal line tu untuk panggilan telefon dan jika kami terlebih jam panggilan pada bulan itu, panggilan akan disekat. Celcom!! korang memang geliga buat duit.


Kami pun terminated la line tu, dan bayar sikit - sikit setiap bulan. Bella tetap kena guna internet untuk update blog. Selalunya Bella lepak Starbucks or Old Town untuk gunakan wifi, tapi bila dah kawen, mana boleh lepak lama - lama macam tu kat luar. Jadi Bella belilah line celcom khas untuk internet saja. Masalah tetap ada, haritu kata fix amount tiap - tiap bulan.Tapi tula tak pernahnya fix. Mesti lebih. Mesti.Huh!! HB suruh terminated juga. 


Masa nak batalkan line celcom tu, punyala susah. Call ari pertama, dorang kata "kami akan hubungi PN 2 hari lagi untuk pembatalan."  Lepas 2 hari, pegawai Celcom call offer macam-macam supaya kami tidak batalkan line tersebut. Lepas kami tolak semua offer dia kata ok, dalam process. Lepas 2 hari tak terminated lagi. Offer lagi macam-macam. Pas line sana sini pujuk supaya sambung guna. Bad service. Terminated juga. Tak peduli!!!

Agak lama Bella bertukar kepada line digi, sebab HB hadiahkan. Masalahnya line digi limited sangat.Duduk kat kampung takda line!! dah la duduk seminggu!! OMG!! mati kutu. Then, baru - baru ni, Bella ambil balik line celcom. Tapi yang top up punya. Masalah jugak! Bella ambik plan untuk internet saja. Jadi untuk permulaan ni, Bella nak beli top up yang 4G terus. 7E sebelah office Bella plak takda yang rm50. Jadi Bella top up la Rm10 5x. Check - check balance tinggal Rm30.Apa ni??? baru top up kot.

Bella call Celcom center bagitau kata top up bella kena makan. Takkan tak puas - puas lagi ambil GST. Celcom kata Bella dah on data. Sepatutnya jangan on. Kebetulan HP pulak baru, tak sedar data sedang on. Sepatutnya, celcom tak boleh la buat macam tu. Tolak credit orang sesuka hati. Lainla kalau Bella subscribe Bella nak pakai pakage internet. Ni main tolak jer!!! HB dulu pun pernah kena. Tapi dulu guna HP blackberry. Tetiba credit hilang. Celcom kata HB ada subscribe perkhidmatan apa ntah. Sampai dia tolak kredit laju giler bila on data. Masalahnya ni, bella tak surf internet lagi pun. batu top up. Terus tetiba je hilang.

Bengang sangat!! Celcom, kalau kat kampung aku ada line lain. Sure aku terminate line ko yang curi duit orang senyap - senyap ni.

Ok..kat sini Bella nak bagi sikit Tips :

  1.  Bila terminate kan mana-mana line telco sila follow up untuk 2 bulan yang pertama. Kadang-kadang bill last kita tidak termasuk dengan panggilan atau penggunaan terakhir kita.
  2. Terminate dekat dorang punya head office adalah terbaik, sebab kita akan dapat copy dan surat hitam putih menyatakan kita dah buat pembayaran penuh dan pemotongan perkhidmatan.
  3. Bagi melanggan apa - apa plan internet terutama celcom, korang langgan dulu baru on data. Kalau tak, abis dirompaknya kredit korang tanpa sedar.
  4. Pilih plan yang terbaik mengikut penggunaan harian korang. Kalau sedang bercinta, elok ambil plan berbual. Suka whats app ambil plan internet.
Lumrah la mana - mana syarikat. Ambil duit kita bukan main senang. Bukan main laju. Minta refund.. mimpi la... bye - bye.

P/S: Maaf buat kawan-kawan yang kerja di telco - telco yang Bella sebutkan diatas. Benda yang baik dijadikan teladan, benda yang tak baik kita buat sempadan. 

You Might Also Like

1 ulasan

  1. tak tau nak pakai yang mana kan.. pakai u mobile je. fix. tapi prepaid lah. rm30 sebulan 1.5 gb. tapi tak semua tempat cover..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.