Kongsi Sikit
Puasa Penghapus Dosa Sepanjang Tahun
30 July
Hari ni Bella nak kongsikan kebaikan berpuasa sunat buat peringatan semua dan Bella sekali. Sunat maknanya buat dapat pahala, meninggalkannya pun tak dapat dosa. Lebih kepada untuk mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t dengan ibadat yang tidak difardukan. "Sesiapa yang berpuasa satu hari dijalan ALLAh s.w.t, maka ALLAh s.w.t akan menjauhkan dari neraka sejauh 70 musim perjalanan" Sabda Rasululah SAW.
Puasa hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah. Disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji. Rasulullah SAW bersabda. Sabda baginda: Ia menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang. (Riwayat Muslim)
Puasa Isnin dan Khamis adalah puasa sunat yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah SAW.Niat hendak puasa isnin atau khamis dan
niat hendaklah dilakukan sebelum fajar hari isnin atau khamis.
Diriwayatkan dari Aisyah-radhiallahu 'anha berkata :
كان رسولُ الله -صلى الله عليه وسلم- إِذا دخل عليَّ قال : هل عندكم طعام؟ فإذا قلنا : لا ، قال : إني صائم
Ertinya:
"Ketika Rasulullah s.a.w masuk kepadaku dan bertanya: apakah engkau
memiliki makanan? aku berkata: tidak, beliau berkata: bererti aku
puasa." (HR Abu Daud)
Adapun tempatnya niat adalah di dalam hati dan tidak ada lafaz niat puasa isnin dan khamis yang di riwayatkan dari Nabi s.a.w.
Puasa hari Asyura dan Tasu'a. Asyura ialah 10 muharam dan Tasu'a 9 Muharam.Daripada Ibnu Abbas RA, katanya Rasulullah SAW bersabda: " Kalaulah aku masih hidup hingga ke tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan." (Riwayat Muslim)
Puasa Tiga Hari Setiap Bulan. Dalil yang menyatakan ialah hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA, menyatakan : " Kekasihku SAW telah berwasiat kepadaku dengan tiga perkara, berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Duha dan hendaklah aku berwitir sebelum tidur."
Apa yang afdal ialah berpuasa pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 daripada bulan Qamariyah iaitu tahun hijrah. Tapi, dikecualikan 13 Zulhijah kerana puasa pada hari itu diharamkan. Kena ingat ni ya.. waktu haram berpuasa.
Puasa Enam Hari Syawal. Lebih afdal apabila segera dilakukan selepas Aidilfitri secara berturut - turut. Bagaimanapun, ini bukanlah syarat, bahkan sunantnya turut diperoleh juga jika dilakukan secara berasingan. Muslim meriwayatkan daripada Abu Ayub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda. " Sesiapa berpuasa ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka seolah-olah dia berpuasa selama-lamanya.
Sumber dari Kitab Fiqah Mazhab Syafie. Semoga bermanfaat..
0 ulasan
Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.