Travel York
Tempat Yang Paling Unik di Daegu Korea
24 May
Semua mengimpikan percutiaan yang hebat kan? Lagi - lagi percuma!! Bella sangat bertuah kerana diberi peluang oleh AirAsia dan Korea Tourism Organization (KTO) yang menjadikan impian Bella satu kenyataan. Alhamdullilah. Jom Bella kongsikan Tempat Yang Paling Unik Di Daegu Korea. Bella sangat sangat teruja nak ceritakan selengkap - lengkapnya mengenai FAM Tour Bella ni dengan korang.
Kedatangan Bella di sambut ramah dan baik oleh Spencer dan wakil dari KOREA TOURISM MALAYSAI (KTO). Dorang memang baik dan ramah. Banyak maklumat mengenai negara Korea dorang kongsikan dengan Bella. Jadi, dapatlah Bella kongsikan dengan korang.
Diluar, Bas yang cantik dan paling terbaik Bella pernah naik selama ini. Cantik dan sangat mewah. Terharu Bella dapat naik bas macam ini. Pasal bas ni korang klik link kat bawah ok? Bella dah ceritakan tau. Penghargaan kepada Air Asia dan KTO.
Mengikut jadual, Selepas Bella sampai saja di Daegu, Bella akan di bawa ke MT. Palgongsan untuk menikmati pemandangan sakura yang sangat cantik. Tetapi, disebabkan masa yang suntuk Bella terus dibawa untuk makan tengah hari. Inilah kedai makanan halal pertama Bella di Daegu. Ullengdo Haamultang nama kedai ini. Haaa.. Berbelit tak lidah nak sebut? Restoran ini menyediakan Makanan Halal yang kebanyakkannya berasaskan makanan laut. Korang klik gambar atau link dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Restoran ini ok? Mana tahu nak pergi.
Selepas makan tengah hari, Bella dibawa ke Suseong Lake untuk melihat kecantikkan bunga sakura. Teruja sangat - sangat. Bella rasa macam dalam mimpi bila berada disini. Ditemani Bunga Sakura yang tidak jemu mata memandang, buatkan Bella lupa segala penat lelah Bella ke sini. Alhamdullilah. Syukur. Akhirnya Bella di kelilingi bunga sakura yang maha indah. ALLAHUAKBAR. Cerita penuh link di bawah.
Masa ini cuaca agak sejuk. Bella terdetik dalam hati, Syokkk nya kalau dapat air panas waktu ini. Macam tahu - tahu saja sebab Bella di ajak ke Cafe yang sangat menarik dan unik betul - betul diseberang jalan Tasik Suseong. Perghhh minuman yang disediakan sangat terbaik. Bella dah mula rindu dengan cafe ini. Bella memilih untuk merasai MOCHA. Bella, kalau pergi ke Cafe, Bella mesti memilih untuk memesan MOCHA. Mocha, lain cafe lain rasa tau. Korang kalau tak percaya, korang pergi rasa lain-lain Cafe. Mesti tak sama. Cerita khas pasal Mocha ni, link dekat bawah.
Habis saja minum, Bella terus di bawa ke pasar penduduk Korea di Seo Mun Market. Seo Mun Market ini, sangat - sangat mengujakan dengan pakaian yang sangat cantik dan harga amat berpatutan. Gaya K-Pop yang comel !!! Malangnya masa tidak cukup. Bella hanya sempat beli sehelai seluar sahaja. Kalau datang lagi ke Daegu, Seo Mun Market bella akan tuju dulu. Seronok sangat berbelanja disini. Kalau korang kesini, korang terus menuju ke South 2 Gate untuk mencari baju, seluar dan kasut yang giler giler punya trending. Cerita penuh klik link dibawah.
Meneruskan perjalanan, menjejak kan kaki ke Tempat Yang Paling Unik Di Daegu Korea, Bella di bawa ke E-World melalui Skyway. Skyyway yang sangat comel. Masa ini sejuk sangat. Hujan dan kesejukkan tidak menghalang Bella menjejaki tempat menarik disini. ecehh.. terlalu seronok. Cerita penuh boleh baca link di bawah.
Habis sahaja berseronok di E-World Daegu, Bella dibawa menjamu ketam sebagai makanan malam kami. Sangat - sangat sedap, sampai Bella makan semua ketam yang ada. Sedapnya!!Bella teringat - ingat sampai sekarang. Sedap sangat. Nanti Bella nak cuba masak sendiri. Cerita penuh dekat link bawah :-
Hari pertama Bella di Korea, diakhiri dengan menginap satu malam di Daegu Inter-Bulgo Hotel. Memang terbaik !! Bella akan menceritakan selengkap - lengkapnya setiap tempat yang Bella pergi. Korang klik saja gambar atau link di bawah untuk mengetahui selengkapnya mengenaiDaegu Inter-Bulgo Hotel.
Korang tunggu k.. Semoga bermanfaat. Jangan lupa, terbanglah bersama AirAsia X yang menawarkan penerbangan murah dan telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat. Jadi, jangan ragu-ragu untuk terbang bersama AirAsia. Maklumat lanjut, korang boleh ke www.airasia.com dan www.visitkorea.com
AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.
AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi, jangan ragu - ragu untuk terbang bersama - sama dengan AirAsia X.
Maklumat Penerbangan :-
KL ke Busan: 4x seminggu
KL ke Seoul: 2x sehari
AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi, jangan ragu - ragu untuk terbang bersama - sama dengan AirAsia X.
2 ulasan
Terima kasih share tempat-tempat di Daegu. Banyak lagi yang perlu diteroka di Korea nampaknya
ReplyDeleteSama - sama. Nanti saya detailkan satu per satu. Jemput baca. :)
DeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.