26 February
Macam buntu plak malam ni nak dinner apa. Tengah kepala ligat memikirkan menu dinner malam ni, teringat plak KAMBING BAKAR BBQ SHAH ALAM AA SUPER GRILL yang Bella makan dekat pasar malam je. Tapi, kelazatannya ya ampun. Mengalahkan Hotel 5 Star. Kadang - kadang memang macam tu kan? less is more omputih kata. Sebelum ni Bella dan kongsikan dekat laman sosial. Sebab sedap yang tak dapat dilupakan, Bella kongsikan pula dekat blog Bella. Haa, tengoklah. Betapa lazat dan ranumnya. Dilimpahi sos dan daging kambing yang segar. Korang baru tengok je. Bella yang dah rasa ni, memang tak cukup satu....
25 February
MENCANTIKKAN KABINET DAPUR
25 FebruarySetuju tak, kalau Bella kata, dapur adalah tempat dimana kesemua wanita berkarya. Tidak kira pagi, petang ataupun malam. Banyak masa dihabi...
Setuju tak, kalau Bella kata, dapur adalah tempat dimana kesemua wanita berkarya. Tidak kira pagi, petang ataupun malam. Banyak masa dihabiskan dekat sini. Bella pun macam tu. Selalu bermimpikan sebuah dapur moden yang comel untuk seronok berkarya. Barulah ada soul gitew. Bukan canggih dan mewah tau. Cukuplah sekadar comel dimata Bella. HB selalu marah. Semua nak comel. Mestilah. Kita yang nak masak. Bukan dia. Dia harap masak maggi je. Itupun kalau merajuk. Kalau tak maggi pun suh kitew masak. Kan? Jadi amat penting dapur yang bersih dan paling penting sejuk mata memandang. Jadi Bella nak kongsikan sikit cara...
24 February
JOM KURUS SATU MALAYSIA TEAM RAWANG
24 FebruaryAlhamdulilah, tahun ini Bella ada keluarga baru. Keluarga yang amat bersemangat untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik dan berat badan ya...
Alhamdulilah, tahun ini Bella ada keluarga baru. Keluarga yang amat bersemangat untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik dan berat badan yang ideal. Bella diberi kesempatan untuk mengenali satu program yang sangat baik dan Bella rasa korang semua patut tahu iaitu Program JOM KURUS SATU MALAYSIA TEAM RAWANG. Jom Kurus 1 Malaysia ini ada disetiap negeri tau. Tapi Bella mengikuti Team Rawang sebab paling dekat dengan Bella. Tengoklah aktiviti yang telah disediakan untuk ahli - ahli Jom Kurus 1 Malaysia Team Rawang. Padat. Jujur Bella cakap, Bella tak dapat nak mengikuti kesemua program ini. Penat Beb. Sampai satu tahap...
22 February
HARD ROCK CAFE HO CHI MINH
22 FebruaryIni masih lagi pada hari yang sama, lepas Bella balik dari Sungai Mekong. Korang boleh baca :- Menyusuri Sungai Mekong Ho Chi Minh - Pa...
Ini masih lagi pada hari yang sama, lepas Bella balik dari Sungai Mekong. Korang boleh baca :- Menyusuri Sungai Mekong Ho Chi Minh - Part 1 Menyusuri Sungai Mekong Ho Chi Minh - Part 2 Malam tu, ikut itinerary. Bella akan heret HB ke HARD ROCK CAFE HO CHI MINH dengan hanya berjalan kaki dari Hotel Saigon Pink 2. Kalau ikutkan peta dekat. Bella rasalah. Perjalanan gelap. Tiada laluan khas buat pejalan kaki. Separuh jalan, Bella dah rasa takut. Tapi, nak naik teksi pun Bella takut. Bella baca macam - macam kisah tak baik tentang pemandu teksi disini. Jadi antara penat...
21 February
MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 2
21 FebruarySambungan daripada Menyusuri Sungai Mekong HO CHI MINH Bella sengaja buat 2 part sebab terasa panjang sangat pula part 1 tu. Takut korang...
Sambungan daripada Menyusuri Sungai Mekong HO CHI MINH Bella sengaja buat 2 part sebab terasa panjang sangat pula part 1 tu. Takut korang bosan baca. Ramai yang tanya, berbaloi ke pergi MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 2 ni? Bagi Bella ok jer. Pengalaman baru kan. Rupanya!!! ( Kena baca Part 1 baru boleh faham part 2) destinasi seterusnya hanya di belakang kilang yang kecil ini sahaja. Jalan kaki je pun. Sepanjang perjalanan, boleh nampak lah kehidupan orang disini. Kebanyakkan kerja, semua handmade. Semuanya kelihatan amat kurus dan cengkung. Tempat kerja berbumbung, tapi berlantaikan tanah. Insaf. Kami meneruskan perjalanan hingga...
01 February
MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH PART 1
01 FebruarySiapa yang pergi ke Ho Chi Minh buat pertama kali, tidak lengkaplah kalau korang tidak pergi MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH. Shop...
Siapa yang pergi ke Ho Chi Minh buat pertama kali, tidak lengkaplah kalau korang tidak pergi MENYUSURI SUNGAI MEKONG - HO CHI MINH. Shopping ia juga. Tapi, kalau contoh pergi dengan anak - anak atau suami mesti diorang bosan tidak ada aktiviti. Asyik ikut kita ke hulu hilir cari barang dihajati kan? Bella shopping tu hanyalah part of aktiviti wajib buat. Tapi datang ke Ho Chi Minh tujuaan utama bukan membeli belah. Jadi, memang aktiviti ni wajib kami buat. MENCARI PAKEJ HALAL UNTUK MENYUSURI SUNGAI MEKONG Bella mengambil pakej di Hotel tempat Bella menginap saja. Bella pun cadangkan korang...