­
HARD ROCK CAFE HO CHI MINH - Bella Idura

HARD ROCK CAFE HO CHI MINH

Ini masih lagi pada hari yang sama, lepas Bella balik dari Sungai Mekong. Korang boleh baca :- Menyusuri Sungai Mekong Ho Chi Minh - Pa...

Ini masih lagi pada hari yang sama, lepas Bella balik dari Sungai Mekong. Korang boleh baca :-


Malam tu, ikut itinerary. Bella akan heret HB ke HARD ROCK CAFE HO CHI MINH dengan hanya berjalan kaki dari Hotel Saigon Pink 2. Kalau ikutkan peta dekat. Bella rasalah. Perjalanan gelap. Tiada laluan khas buat pejalan kaki. Separuh jalan, Bella dah rasa takut. Tapi, nak naik teksi pun Bella takut. Bella baca macam - macam kisah tak baik tentang pemandu teksi disini. Jadi antara penat dan takut dikhianati pemandu teksi, Bella memaksa HB memilih kepenatan. HB pun redha jelah. Dalam 10min berjalan, kami hilang punca. Tanya beberapa orang pekerja kedai makan, dorang tak tahu Hard Rock Cafe tu dekat mana. Mungkin sebutan kami lain menyebabkan mereka tidak faham.

hard rock cafe ho chi minh

HB pun mulalah membebel. Kata dekat!!?? kami pun mula bergaduh. Ini perkara biasa bila kami backpackers berdua. Bergaduh. Bella kata, tak pe. Kita jalan saja lurus. Sebab Ho Chi Minh ni bandar yang bagi Bella pusing - pusing area situ juga. Jadi kami jalan saja lurus sehingga ke hujung jalan, dan tanya sekali lagi pada petugas hotel pula. Alhamdullilah. Dia faham dan menyuruh kami menuju ke Intercontinental Asiana Saigon yang nampak dari jauh. Kami ke kanan jalan, dan akhirnya jumpa. Itupun selepas bergaduh sakan. Kuang.. kuang.

Hard rock cafe ho chi minh

Bagi korang yang nak naik teksi, bolehlah suruh teksi hantar korang ke Hotel ini dan balik nanti korang cari je teksi di depan hotel ni. Lagi selamat. Sebab semua teksi yang beratur adalah teksi Vinasun yang boleh dipercayai. 


Akhirnya, sampailah kami di HardRock Cafe ini. Alhamdullilah. Bukan apa sangat pun. Nak Beli T-shirt saja. Sebab kami pengumpul HardRock Cafe T-shirt. Masuk saja dalam ni, penuh dengan orang Malaysia membeli belah barang HardRock Cafe disini. Bukannya murah sangat pun. Murah lagi dekat Macau. Beli T-shirt corak standard sehelai seorang dan kami berangkat pulang.


Sepanjang perjalanan balik kami relax sikit sebab tidak terkejar - kejar takut HardRock Cafe tutup dan kami dah tahu jalan. Bella pergi sini dengan kekuatan HB saja. Kalau Bella seorang memang patah baliklah jawabnya. Disebabkan kami jalan dengan lebih santai, jadi banyak benda menarik yang kami dapat lihat. Kebanyakkan kedai makan dihias cantik. Hendak singgah makan tidak pasti halal haramnya, jadi kami terus saja pulang ke Hotel. oklah. Kutip pengalaman berjalan malam dinegara orang.


You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.