Idea Cantik
Idea Deco
ILmu percuma
Kongsi Sikit
DECO MENAMPAL WALLPAPER DI DAPUR
23 March
Dapur yang cantik dan bersih memang termasuk dalam salah satu impian wanita kan? Dapur yang bersih juga membuatkan wanita rajin memasak. Eh ye ke? Bagi Bella, dapur adalah hati rumah. Banyak kebahagian perut tercipta disini. Jadi haruslah Bella mencantikkan dapur dengan kehendak Bella. Sebab hati Bella kena bahagia dulu, baru boleh bagi perut orang lain bahagia. Huhuhu.Ini salah satunya iaitu DECO MENAMPAL WALLPAPER DI DAPUR. Ada yang kata sesuai ke? Tampal wallpaper dekat dapur? Bella dah buat. Setakat ini setahun dah bertahan. Barulah berani cerita. Gitewww.
WALLPAPER PILIHAN
Inilah wallpaper yang HB pilih. Kalau Bella pilih, Bella suka warna putih. Tengok google dapur atau apa saja yang berwarna putih, cantik betul. HB kata, terlalu biasa dan hanya dalam gambar saja cantik. Bila dah tampal tiada apa yang berbeza. Hurrmmm nak putih. Tapi sebab tak nak derhaka, Bella turutkan saja. Wallpaper yang Bella pilih ini adalah jenis pelekat dan Bella beli di Kaison. Harga tak berapa nak ingat. Tapi bawah rm50 la. Segulung tak cukup ya.
DAPUR SEBELUM DI DECO DENGAN WALLPAPER
Inilah rupa dapur Bella sebelum di Deco cantik menawan. Biasalah mana ada rumah baru masuk terus cantikkan. Sebelum Tampal wallpaper ini, Bella dah cantikkan pemegang kabinet Bella. Korang boleh baca disini ( Mencantikkan Kabinet Dapur ) Jadilah rupa kabinet sikit.
DAPUR SELEPAS DI DECO DENGAN WALLPAPER
Inilah set dapur yang Bella pilih untuk mengantikan yang lama. Tapi bunyinya memang kuat ye? Bella pun tak faham. Takut orang yang Bella upah tu salah pasang je. Sebab dia bukan pandai sangat, tapi mengaku pandai. Korang kalau nak ambil upah orang buat kerja rumah korang, lebih baik ambil dari suggestion orang lain ataupun korang tengok sendiri hasil kerja dia.
Inilah dapur pilihan Bella. Brand Zanussi dan jenis kaca. Ramai yang kata jenis kaca ini tak ok sebab ia boleh pecah tiba - tiba! Tapi apa yang Bella baca, Brand ini paling ok tambahan pula, kena dengan bajet Bella. Itu paling penting kan? Tapi ada tips katanya kalau tak mahu kaca tu pecah tiba - tiba korang janganlah pergi lap masa ia tengah panas. Bagi sejuk baru bersihkan. Sepanjang penggunaan Bella, masa masak permukaan kaca tu memang panas. Siap, kalau ada bawang jatuh boleh jadi garing. Jadi kalau siapa nak beli dapur macam ni, tempat letak dapur ini paling penting. Keselamatan. Jauhkan dari kanak - kanak. Macam Bella ada penyedut asap, dapur ini memang akan cepat sejuk.
Ini adalah hasil separuh siap. Tengoklah masa dia pasang penyedut asap tu, dinding yang HB cat cantik - cantik dah terkopak. Sebab itu kami tampal lagi dengan wallpaper motif papan tu. HB obses sangat dengan wallpaper bermotifkan papan, batu bata, batu - batuan, kalau boleh semua dia nak tampal corak macam tu. Katanya bagaikan di Cafe. Bella kalau boleh nak yang paling simple dan satu warna saja. Kan comel.
SINKI SEBELUM DI DECO
Inilah sinki yang serabut dan sebelum di Deco. Paip sebatang macam ini. Tapi sinki dua. Walaupun ia boleh dipusingkan, tapi leceh sikitlah. Tambahan nampak macam tak berapa nak comel kan?
SINKI SELEPAS DI DECO
Bella minta tukang rumah ni, tukarkan kepala paip ini sekali. Dia kata boleh. Tak ada masalah. Dia tahu. Tahu tak apa yang berlaku??? Masa pasang cantik je. Bila dah guna, batang paip utama tu senget. Hampeh punya manusia berlagak pandai ni. Rasa nak sekeh je kepala dia. HB kata, mustahil tak boleh lurus. Kecuali dia malas. Redha je la labu.
Bella penuhkan kelengkapan sinki dengan sabun cuci tangan dan pokok daun yang senang hidup ni. Guna botol terpakai je. Siapa nak beli pokok macam tu boleh PM Bella. Bella jual. Jangan tak tahu. Bekas sabun tu Bella masukkan dengan Dettol. Segar dan bersih giteww.. Maknanya nanti bekas dettol tu digantikan dengan bekas kaca yang comel tu. Korang kalau datang rumah Bella pun tak tahu dalamnya isi apa. Ini Bella pecah rahsia. Dalamnya isi Dettol. Terima kasih Dettol, jaga tangan kami dari kuman. Tetiba. Yelah Dettol paling dipercayai kan?
Ini je bekas pengering pinggan Bella. Bella beli dekat Ikea. Pinggan pun Bella gunakan pinggan Ikea. Mak Bella kalau datang, takut sungguh dia nak letak pinggan dekat atas tu. Pinggan Ikea kan besar - besar. Takut roboh katanya. Mana ada mak, nampak saja comel macam tu. Tapi kuat. Disebabkan ruangan dapur Bella ini kecil, jadi memang sangat praktikal bila gunakan benda yang comel - comel macam ni. Jimat ruang. Talam pun comel dari ikea.
KESELURUHAN DAPUR BELLA IDURA DENGAN DECO WALLPAPER
Keluasan sebenar macam ni je. Rumah Bella kecil je. Tepi sebelah kiri tu Bella letak peti sejuk dan mesin basuh. Next entry Bella fokus bahagian tu pula ok. Tapi lama sikit la. Hahaha. Sabar yerk. Lepas sebulan saja paper bag tu duduk atas kabinet. Bella takut dalamnya ada apa - apa ke. Tengok orang letak hias cantik je. Masa Bella nak ambil tu, terbayanglah habuk sekilo ke, ada cicak mati ke, lipas ke. Nasib bersih macam tuan nya. Tapi Bella nampak macam serabut. Jadi Bella buangkan saja.
Ini dari bahagian sinki. Nampak tak pisau tu. Pakai magnet ja. Senang nak pasang HB kata. Sangat membantu. Kalau korang baru lepas basuh pisau, letak sekali dengan pinggan sudu, anak nak ambil sudu terkena pisau. Bahaya kan? Dulu Bella guna bekas yang letak tercacak tu. Pun bahaya. Jenis magnet ni paling selamat. Cari dekat Ikea juga. Paling praktikal untuk benda - benda tajam. Bella letak gunting juga.
DAPUR BELLA IDURA TERKINI
Fuh!!! Macam berita sensasi plak kan? Propa sangat. Bella nak belanja gambar dapur yang paling terbaru. Gambar dekat atas - atas tu masa mula - mula deco, dan sekarang gambar terkini. Tak banyak beza pun. Selain daripada bekas garam, dan segala perasa tu, Bella dah letak dalam kabinet. Sekarang dan ada tambahan microwave untuk suri rumah yang sibuk macam Bella. Orang kata tak elok. Tapi oklah dari laki tak makan.
Bila ko dah mula masak, ko ada rasa lebih bagus kabinet korang tu kosong. Senang nak masak. Ini benda serious. Bella rasa orang yang deco kabinet dia cantik - cantik tu, sama ada jarang masak ataupun masa nak tangkap gambar dia letak. Hahaha. Sebab Bella masak memang menggunakan ruang atas kabinet tu 100%. Kalau orang datang ramai langsung tak muat. Ini andaian Bella jela. Okla. Membawang plak.
Bila ko dah mula masak, ko ada rasa lebih bagus kabinet korang tu kosong. Senang nak masak. Ini benda serious. Bella rasa orang yang deco kabinet dia cantik - cantik tu, sama ada jarang masak ataupun masa nak tangkap gambar dia letak.
Semoga memberikan sedikit idea buat korang yang sedang mendeco dapur. Salam.
4 ulasan
cantik dapur lepas tampal wallpaper...nampak naik seri dia dengan warna dan corak tuuu... mesti makin semangat nak masak pasni ehh..ekekek
ReplyDeleteRajinnya mendeco, cantik sangat!
ReplyDeleteCantik, kemas dan berseri dapur Bella :)
ReplyDeletecantik, kemas je dapur bella
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.