­
STEAK TERBAIK MENATE - Bella Idura

STEAK TERBAIK MENATE

Bila sebut saja mengenai Me'nate , apa yang akan terlintas di fikiran korang? Steak yang mahal betul tak? Sebab Me'nate ni viral s...

Bila sebut saja mengenai Me'nate, apa yang akan terlintas di fikiran korang? Steak yang mahal betul tak? Sebab Me'nate ni viral sebab bad feedback yang entah apa - apa dan langsung tak betul. Dua kali. Orang yang tak pernah kenal dan tahu pasal Me'nate ni pun tekan butang share."Citizen" sangat. Dua kali. Satu pasal namanya yang difikirkan seakan mencarut, dan satu lagi pasal harga steak nya yang mencecah sehingga ribuan ringgit! salah sama sekali. Bella dulu yang tak pernah jejak sini, takut sangat nak datang sebab takut kena bayar bill beribu. Mana nak cari duit nak bayar? Jadi, Bella nak cuba jelaskan pada korang semua yang STEAK TERBAIK MENATE ini ada harga yang mampu milik dan cara sebutan yang betul sebenarnya adalah meate bukan menatang. STEAK TERBAIK MENATE baru sahaja menerima anugerah berprestij! Maknanya betul - betul terbaiklah kan?

PERTAMA KALI MERASAI STEAK TERBAIK ME'NATE 

STEAK TERBAIK KL MENATE

Bella memang dah lama teringin nak makan steak Me'nate ni. Sebelum kahwin, Bella langsung tak boleh makan daging. Muntah dan naik badan merah - merah. Memang macam magik, sebab lepas kahwin alergik daging tu hilang. Pelik. Jadi, bermula dari situ barulah Bella mampu mencuba steak pula. Kang kalau beli tak makan membazir plak kan? Kebanyakkan tempat yang menghidangkan steak Bella dah cuba daripada harga sepinggan Rm300 sehinggalah yang paling murah, jujur Bella cakap. Me'nate adalah steak yang paling sedap di tekak Bella. Ikhlas dari hati ini. Bella menjejak kaki kesini pun selepas HB pergi dulu dengan kawan dia, dan bagitahu harga steak di Me'nate takkan sampai beribu - ribu. Barulah Bella berani nak pergi. 

ME'NATE STEAK HUB BERJAYA RAIH ANUGERAH

STEAK TERBAIK DI SHAH ALAM

Tidak sangka hari ini Bella dijemput masuk kedalam restoran yang selalu sangat Bella datang. Terima kasih kepada Ben Ashaari. Abg Ben la yang ajak teman. Bella dijemput sebagai media untuk bagitahu dekat korang semua yang Me'nate ini menyediakan steak yang terbaik ini, telah berjaya merangkul dua anugerah berprestij. Benda baik ini, mestilah kongsi. 

STEAK LAZAT

Me'nate Steak Hub berjaya meraih anugerah :-
  • "MALAYSIA INTERNATIONAL BUSINESS AWARDS 2017" Excellence in western steak house anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor Pada 12 Disember 2017 di SACC Convention Center, Shah Alam.
  • "THE BRANDLAUREATE BEST BRAND IN F&B Steak House 2017-2018" anjuran Asia Pacific Brands Foundation (APBF) pada 8 Januari 2018 di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Anugerah ini adalah satu pengiktirafan tinggi yang telah diberikan kepada Me'nate sebagai sebuah restoran stik dan makanan barat yang bermutu tinggi yang terdapat di kawasan Lembah Klang. Korang boleh mencuba Stik mereka di rangkaian restoran yang terdapat di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.

PELBAGAI MENU DI ME'NATE STEAK HOUSE

IKAN BAKAR MENATE

steak terbaik

steak house menate

Bella sebenarnya terkejut juga. Rupanya di Me'nate ada menu lain selain daripada daging lembu dan kambing. Selama ini, kalau Bella nak pilih menu Bella akan ke bahagian daging dan terus duduk. Rupanya ada salmon dan juga ayam. Spagetti pun ada juga. Tapi, datang kedai stik, takkan nak makan ayam atau ikan kan? Rugi - rugi.

ME'NATE STEAK HOUSE HARGA MAMPU MILIK

daging lembut dan sedap

Korang kalau datang sini, apa yang korang perlu buat? Pilih meja. Terus ke tempat simpanan daging. Pilih daging yang korang rasa mampu bayar hari tu. Sebab tu Bella kata Me'nate Steak House harga mampu milik. Korang janganlah masa pilih tu tak tengok berapa yang duit ada dalam dompet korang atau berapa lagi limit kredit kad korang yang tinggal. Lepas tu viral kata mahal. Tak patut betul. 

steak tersedap

Korang tak perlu bagitahu nak masak apa. Hanya pilih sama ada, Well done, Medium Well, Medium Rare atau Rare. Tiada cas tambahan dikenakan untuk memasak daging ini. Kalau korang jenis tak makan daging, cubalah makan well done dulu. Tapi bagi Bella, well done keras. Langsung tak sedap. Bella selalu ambil Medium rare. Seriously, really yummy!!

restaurant steak paling sedap

Inilah set yang Bella selalu order. Korang jangan risau. Air "free flow". Kalau korang tak tambah apa - apa bayar harga daging sajalah. Tapi ada cas perkhidmatan dan GST. Lebihkan sikit la. Bella tak bolehlah tengok steak ni. Ya ampun. Rasa nak jilat screen ni. Dia punya kelembutan daging dan rasa rencah dia tu buat air liur Bella menitik. Tapi sebulan sekali jela mampu. Kalau 2 orang makan selalunya tak akan lebih dari rm300. Kalau ambil daging yang Rm50 jadi lagi murah la.

daging steak lembut dan sedap

Ini kalau yang dimasak Well Done. Mula - mula Bella cuba, Bella makan yang well done. Masih berasa cuma takda rasa juicy. Pertama kali nak cuba, yang tak pernah makan stik bolehlah pesan well done.

ME'NATE MENJUAL DAGING MENTAH

me'nate
Add caption

Apa yang uniknya Me'nate juga menjual daging mentah dimana pelanggan boleh mebeli daging yang telah siap dipotong. Apa yang paling penting, Me'nate amat menitik beratkan kesegaran dan mutu daging - dagingnya. Daging - daging terpilih ini adalah diimport dari Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

PUSAT PEMOTONGAN DAN PENYIMPANAN DAGING SENDIRI DI ME'NATE

daging sedap

daging steak terbaik

steak terbaik

Menjamin kebersihan, mutu dan kualiti daging, Me'nate menubuhkan pusat pemotongan dan penyimpanan daging sendiri untuk memotong, mengedar dan menyimpan. Memang terjamin kualitinya. Kalau ada pihak ketiga, kita pun tidak pasti macam mana daging kita disimpan dan diuruskan. Disini, pekerja semua adalah warga tempatan dan bilik pemotong amat bersih dan teratur. Bilik penyimpanan juga berada pada suhu yang amat sesuai untuk menjamin kualiti daging sentiasa segar.

Tahniah Me'nate. Ia akan menjadi Restoran stik kegemaran Bella sepanjang masa. 

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Woww bestnya.. nnt kalau berkesempatan nak pegi jugak laa..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.