­
BERGAYA DENGAN BAJU KOREA - Bella Idura

BERGAYA DENGAN BAJU KOREA

Bella ke Shilla Millennium Park yang seriously amat cantik dan kaya dengan seni bina. Ia terletak di daerah Gyeongju Korea . Kami ke sini ...

Bella ke Shilla Millennium Park yang seriously amat cantik dan kaya dengan seni bina. Ia terletak di daerah Gyeongju Korea. Kami ke sini menaiki bas. Bella akan cerita kemudian mengenai keindahan dan keunikkan Shilla Millennium Park ini, tapi Bella nak cerita dulu mengenai baju korea. Bella BERGAYA DENGAN BAJU KOREA. Bukan baju fesyen Korea yang biasa - biasa tau. Tapi ini, baju tradisi rakyat Korea. 

bercuti ke korea, Bella idura, shilla park

Tempat yang amat luas dan ada lebih 18 tempat menarik disini dan Bella rasa, kalau korang masuk ke dalam sini untuk mencuba dan melihat kesemua yang menarik disini, satu hari suntuk diperlukan. KTO memilih untuk membawa kami mencuba pakaian tradisi rakyat Korea. Jadi kami jalan terus ke tempat yang dimaksudkan tanpa singgah ke tempat lain walaupun keadaan dikiri dan kanan kami sangat cantik. 

baju tradisi korea

baju tradisi korea, jalan - jalan ke korea

Banyaknya baju! Cantik pula tu. Bella terus memilih baju yang sesuai dikenakan dengan tudung yang Bella pakai. Susah juga pakai baju ni. Siap ada pembantu untuk pakai baju ini. Nak tahu Bella pilih baju apa? 

TARAAAAAAAAAAAA!!!!!!!






Cantik tak? Terkejut tak tengok Bella pakai baju kain kembang ala - ala puteri ni? Tapi sayang sangat. Lengannya separuh. Minta yang lengan panjang dah takda. Terpaksalah pakai. Ini Bella tangkap gambar dalam kedai, dan kami sepakat untuk keluar mengabadikan kenangan di bawah pohon sakura. Tapi tak boleh jauh - jauh. Depan kedai je boleh. 


pakaian tradisi jepun, hanbook


Pandai sangat tau fesyen Blogger sebelah ini pilih baju yang amat sesuai dengan dia. Nampak comel sungguh. Pakaiaan yang dalam Bella tu tak kemas. Nampak gemuk plak. Sedih. Tapi dorang yang dekat sini semua cakap cantik Bella, macam baju ini memang khas untuk Bella plak. Alamak!! kembang hidung. Hahahaha. 

bercuti ke korea

bercuti ke korea

Selain boleh mencuba pakaian tradisi Korea disini, terdapat juga berbagai barangan cenderahati yang dijual disini. Bella macam berminat nak beli pedang tu sebab HB suka. Tapi takut tak lepas bawa balik je. Jadi Bella  memang sekadar cuci mata saja. Lagipun kami hendak cepat untuk menuju ke tempat menarik seterusnya. 

berjalan di korea, baju korea

Posing last belanja sikit. Kalau korang nak cuba bolehlah ke Korea dan terbang bersama AirAsia.

Maklumat Penerbangan :-


KL ke Busan: 4x seminggu

KL ke Seoul: 2x sehari


AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi, jangan ragu - ragu untuk terbang bersama - sama dengan AirAsia X.

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Sekarang ramai gadis melayu yang gila dengan baju korea. Mungkin baju ini akan dapat pasaran yang besar di rantau sini.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.