26 May
Citarasa Nusantara di ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR
26 May Istimewa sangat bulan Ramadhan ini sebab Bella dapat jemputan untuk merasai sendiri Hidangan CITARASA NUSANTARA di ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR. Paling istimewa Bella rasa kerana hidangan berbuka kali ini memfokuskan hidangan tradisional Melayu. Lokasinya yang terletak strategik di tengah bandar Kuala Lumpur menjadikan hotel ini tumpuan di kalangan pengunjung. Bagi Bella sendiri, Bella suka sangat dengan hotel ini yang mempertengahkan suasana damai. Melangkah masuk saja ke hotel ini, akan membuatkan kita tenang dengan alunan muzik yang damai dan bauan yang sangat mempersonakan. Seni hias dalamannya juga sangat cantik dan tersusun. Bella berani cakap sebab Bella pernah menginap disini...