cadangan
cadangan makan
cari makan
cari makan!!
Gemuk
Makanan Sedap
5 SEBAB DONS WARONG PILIHAN TERBAIK UNTUK SARAPAN
04 October
Sarapan. Ramai yang merasakan sarapan tak penting atau rasa macam kalau makan banyak pagi tu, nanti kita akan mengantuk di tempat kerja. Ataupun mungkin ada jugak yang "DIET ON" jadi tak boleh nak sarapan. Tapi korang tahu tak? sarapan pagi sebenarnya adalah lebih cenderung untuk kita mengekalkan berat badan yang sihat. Kita juga akan mendapat tenaga yang cukup sepanjang hari untuk membuat sebarang aktiviti. Tidak sarapan pagi hanya akan membuatkan badan korang berada dalam mood kebuluran! dan ini akan menyebabkan badan kita untuk menyimpan makanan berikutnya sebagai lemak. Baik makan kan? Jadi haruslah Bella Perkenalkan dengan korang restoran yang menyediakan sarapan yang sedap di Plaza damas. Bella tertanya - tanya, kenapa kedai makan sesedap ini korang semua tak tahu. Jadi sini Bella senaraikan 5 SEBAB DON'S WARONG PILIHAN TERBAIK UNTUK SARAPAN.
1. DON'S WARONG TEMPAT MAKAN LEPAK YANG SANTAI DAN SELESA
Masa Bella sampai ke Don's Warong ini, Bella merasa sangat teruja dengan suasana santai dan relax yang ditonjolkan dalam restoran ini. Nama je warong, tapi bila masuk saja ke dalam kedai, macam lebih kepada cafe. Korang boleh memilih untuk duduk di dalam ataupun untuk duduk makan chill dan lepak diluar atau di bahagian dalam. Mungkin bagi yang merokok boleh duduk di luar dan tak merokok bolehlah pilih meja di dalam. Don's Warong ini, walaupun terletak ditepi jalan, tapi ia tidak menganggu kami yang lepak diluar. Paling penting, Bella sukakan suasana restoran ini, yang bersih dan mengenegahkan konsep santai.
Cantik kan? Korang jangan risau. Korang duduk saja bahagian atau ceruk mana pun. Setiap meja ada butang untuk korang panggil pekerja dekat situ.
2. SARAPAN NOSTALGIA MELAYU
Bella diberitahu yang menu sarapan di sini adalah asli daripada Johor. Paling istimewa sebab ia adalah resepi turun temurun. Menurut pekerja di sini, resepi ini ditulis di dalam sebuah buku dan diperturunkan. Tapi, Bila tak pastilah pula ini generasi yang ke berapa. Kalau korang nak tahu, dekat sini ada menu ubi rebus!! seriusly! ubi rebus kan susah dapat dalam KL ni. Ia sangat sinonim dengan masyarakat Melayu kita sebab ia mengingatkan kita kepada zaman Jepun dimana semua tok nenek kita hanya mampu makan ubi rebus saja ketika itu. Jadi kalau dapat ubi rebus dekat kafe atau mana -mana restoran mesti rasa macam nostalgia sangat betul tak?
Nostalgia bercampur baur dengan keinginan untuk mengigit keempukkan ubi rebus tu kan? Korang boleh memilih sama ada mahu di gabungkan atau dicicah dengan apa. Sambal ikan bilis, kelapa parut manis atau gula melaka hiris. Bagi Bella, gabungan sambal ikan bilis sudah cukup terbaik. Harganya pula, hanyalah RM5 sepiring. Kalau korang nak set Ubi Rebus Special iaitu gabungan kelapa parut manis dan ikan kering, harganya pula RM6.50.
3. SARAPAN RINGKAS KEGEMARAN SEMUA
Bagi yang mahukan hidangan ataupun sarapan yang ringkas, tapi mengenyangkan. Jangan risau, Don's Warong turut menyediakan sesuatu yang sedap dan hidangan ini juga cukup sempurna bagi yang diet. Menarikkan? paling penting hidangan ini sedap
Ini lempeng pisang. Bagi Bella, gabungan terbaik untuk lempeng ini adalah madu. Pisang tu manis - manis masam. Madu pula, akan melengkapkkan rasa. Madu bukan semanis coklat. Jadi ia sangat nice. Lempeng ini pula rasa dia tak terlalu garing dan tak pula terlalu hangit. Ketebalan dia pun memang sedang - sedang saja dan sedap bila masuk ke dalam mulut.
Ini pula lempeng pisang. Bagi Bella, gabungan istimewa adalah dengan sambal ikan bilis. Memang terangkat. Bella tak tahu nak cakap macam mana rasa dan kelainan lempeng yang ada dekat Don's Warong ini. Korang mesti fikir, Aalah,lempeng je pun!! tapi ini berbeza tau. Dua - dua lempeng ini, sangat sedap. Paling terbaik, isi dia "Overload". Kalau contoh lempeng kelapa, setiap kali gigit mesti rasa kelapa. Macam tu jugalah kalau lempeng pisang. Bagi Bella, lempeng disini memang sesuatu yang baru dan sedap untuk dicuba.
4. SARAPAN BERAT NASI LEMAK DENGAN PELBAGAI LAUK PILIHAN
Bagi korang yang dah biasa sarapan berat setiap pagi, jangan risau sebab dekat sini ada juga nasi lemak. Nasi lemak sebenarnya akan jadi sedap jika sambalnya sedap. Betul tak? Dekat Don’s warong ini, bukan saja sambalnya saja sedap, nasi lemaknya pun berasa. Maknanya sedaplah. Tak adalah rasa macam makan nasi putih.
Menjadi kegemaran Bella sekarang ini! nasi lemak berlaukkan soft shell crab. Masa menaip ni pun, kecur air liur. Bella memang suka sangat makan sushi. Jadi, bagi penggemar Sushi macam Bella, korang mesti akan menjadikan nasi lemak ini sebagai makanan kegemaran korang juga. Sedap wei.
Bagi Bella ia adalah satu kelainan gabungan makanan yang berjaya! makanan Jepun digabungkan dengan makanan kegemaran rakyat Malaysia nasi lemak. Menjadikan dan melahirkan satu hidangan baru yang diberi nama nasi lemak kukus with soft Shell crab. Harganya pula RM13.50 Bella paling tak boleh lupakan saat menggigit ketam lembut ni. Rasanya pergghhh! Rasa ranggup campur lemak ketam. Memang sedap.
Korang yang tak minat makan Sushi, Jangan risau. Banyak lauk-lauk yang lain. Jadi, korang bolehlah memilih nasi lemak kukus dimakan bersama dengan sambal sotong, ayam goreng berempah, ayam rendang, ayam masak merah, daging rendang, paru goreng, udang goreng bawang atau udang masak merah. Banyak pilihan kan? Semuanya sedap - sedap.
5. KACANG POL ASLI JOHOR
Kacang pol. Rasanya memang agak unik. Gabungan rempah ratus yang terdapat didalam kuahnya memang memberikan satu citarasa yang sangat berbeza. Bagi Bella ia agak asing sebab Bella tak pernah makan sebelum ini. Tapi kawan Bella cakap, Ia adalah salah satu hidangan kacang pool yang sedap yang pernah dia rasa. Citarasa masing-masing kan berbeza memang sedap tapi Bella lebih suka perabihkan nasi lemak kot. Korang yang memang suka makan kacang pool bolehlah cuba rasa dekat sini mesti puas hati.
Korang yang asal Johor, teringin nak minum kopi muar, bolehlah ke sini lepaskan gian. Memang pekat sungguh. Bagi yang teringin nak sarapan disini, bolehlah ke :-
DON'S WARONG
B-0-4 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas
Kuala Lumpur, Malaysia
FaceBook :- https://www.facebook.com/pg/DonsWarong
0 ulasan
Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.