Idea Cantik
Idea Deco
Kongsi Sikit
Rasa hatiku:'(
Review By Saya Isabella Idura
SUAMI MENANGIS GARA - GARA TEDDYPRANK
19 November
Selalunya susah sangat nak fikirkan hadiah dan kejutan untuk lelaki. Maklumlah, Lelaki suka apa je? Dulu kalau baru - baru kawen boleh lah janji nak bagi ciuman ke, pelukan setengah jam ke, sekarang dah tak laku. Kah2x. Jadi kena fikirkan cara lain. Bella dah kawen 7tahun. Apa je yang Bella tak buat bagi suami kesayangan gembira? Lagilah pula setiap tahun ada 2 kejutan yang kena fikirkan. Hari jadi dan hari ulang tahun perkahwinan. Fikirkan yang 2 benda ni pun boleh mereng tau. Lagilah pula semua hadiah Bella dan pernah bagi. Handphone, Sportrim, Perfume, Baju, seluar, Psp, wallet, semua bendalah yang suami impikan. Sekarang ni, idea sudah hilang. Ulang tahun bakal tiba. Nasib ada Teddy Prank! SUAMI MENANGIS GARA - GARA TEDDYPRANK.
Bella pun macam antara dua. Nak bagi atau tak. Hadiah dan kejutan macam ni selalunya khas untuk perempuan saja kan? Tapi, bila ada yang bagi dekat ayah dia, dan ayahnya menangis! Sebab kejutan dari TeddyPrank, Jadi Bella yakin, HB Bella yang nampak garang tapi berhati tisu tu pun mesti menangis terharu. Kalau dia tak menangis siap dia. Bella hanya fikirkan sesuatu yang ringkas tapi menyentuh dan menusuk jauh kedalam. Gitew.
Bella pun rancang untuk bagi awal bukan masa hari ulang tahun. Kebetulan tahun ini kami pergi bercuti awal sempena hari ulang tahun kami. Jadi segalanya sudah jadi "in advance". Percutian Bella memang selalunya jenis yang penat. Itinerary padat memang tak ingat. Bella pula, bila masa travel memang penuh bertenaga dan kalau boleh nak penuhi dan tak nak skip langsung itinerary. HB pula terpaksa ikut sambil mengangkut bag yang berat. Seriously berat. Jadi penat dia berganda.
HB tabah je bawa beg sambil sekali sekala bagitahu Bella jalan perlahan sikit atau tolong skip mana - mana tempat sebab dia nak balik hotel dan dah tak larat. Tambahan pula, kami memang makan sekali sehari saja. Negara orang memang nak cari makanan halal wajib berusaha sikit. Jadi, untuk menjimatkan masa, kami hanya makan sekali sajalah. Melihatkan kesungguhan ini juga Bella bertekad untuk memberikan kejutan ini bila kami tiba di Malaysia. Tanda terima kasih dan tanda betapa Bella hargai dia menemani Bella dengan susah dan payah.
Masa Bella dekat Jepun lagi, masa tengah travel lagi, Bella bermain whats app saja untuk mengaturkan kejutan untuk suami Bella ni. Bella punyalah takut kantoi, sampai termimpi - mimpi HB baca whats app Bella tu. Nasib Semuanya alhamdullilah berjalan lancar. HB pula cuti dah habis, Touch Down saja dekat Klia terus siap - siap pergi kerja. Muka penat giler tak boleh nak sorok.
Sian, penat ye sayang? Paling penting semuanya berjalan lancar dan SUAMI MENANGIS GARA - GARA TEDDYPRANK. Berjaya!! Cuma ia menangis melalui icon sajalah. Kalau dia nangis pun, Bella tak nampak, sebab bukan Bella yang hantar. Apa - apa pun, terima kasih sangat - sangat TeddyPrank. Gubahan bunga yang sangat cantik. Bella ingatkan dapat 3 kuntum bunga ros saja. Rupanya dapat 5 kuntum! Sangat berbaloi. Sangat puas hati. Sangat - sangat recommended untuk korang tempah.
Kelainan yang bukan saja perempuan yang suka, tapi kaum lelaki pun mesti suka. Paling terbaik, dapat percuma belon, percuma kad dan percuma penghantaran di sekitar KL!! Pakej dorang ambilkan gambar dan video lagi. Maklumat lanjut, korang boleh tengok di :-
http://www.wasap.my/60197564019
FaceBook :- Teddyprank4u
Instagram :- Teddyprank
#teddyprank #surprisedeliverykl #surprisedeliverymurah #surpriseplannerkl
Kalau korang nak tahu, memanglah bunga dan coklat Bella yang makan. HB tak peduli pun. Tapi!!! Punyalah kejutan Bella ni masuk dan menusuk hati HB, Dia balas balik pula. Nak tahu dia balas apa? Nanti Bella letak link dekat sini. Surprise!!!
#teddyprank #surprisedeliverykl #surprisedeliverymurah #surpriseplannerkl
Kalau korang nak tahu, memanglah bunga dan coklat Bella yang makan. HB tak peduli pun. Tapi!!! Punyalah kejutan Bella ni masuk dan menusuk hati HB, Dia balas balik pula. Nak tahu dia balas apa? Nanti Bella letak link dekat sini. Surprise!!!
7 ulasan
so sweet!!
ReplyDeleteTerima kasih.
Deletewow..romantiknya bella..:)
ReplyDeleteSekali sekala. Hahaha.
DeleteIngtkn tadi dpt teddy bear. . Rupanya nma ja teddy. .
ReplyDeleteAlamak, bagi teddy bear kena marah pulak kang. Hahaha
Deletewahhhhh.....bestnya..ingat pidot nangis betul2
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.