­
8 TIPS BUAT ITINERARY SENDIRI UNTUK KE JEPUN - Bella Idura

8 TIPS BUAT ITINERARY SENDIRI UNTUK KE JEPUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bella doakan semuanya dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Aaminn. Hari ini Bella berb...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bella doakan semuanya dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Aaminn. Hari ini Bella berbesar hati dan terdetik hati untuk kongsikan cara dan 8 TIPS BUAT ITINERARY SENDIRI UNTUK KE JEPUN. Bella ikhlas sebab tak nak korang buat kesalahan yang sama macam Bella buat. Macam biasa, Bella akan menempah tiket untuk mengembara ke luar negara setahun lebih awal. Macam itulah juga untuk ke Jepun. 

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Selain daripada mengurangkan kos tiket penerbangan, ia juga memudahkan Bella untuk membuat pelbagai persediaan termasuklah, pengangkutan, bajet disana, penginapan dan merancang perjalanan di negara orang. Pertama kali pergi kan? Jadi daripada Zero Bella akan study sampai jadi Hero. Hehehe. Takdalah sampai dipermudahkan segalanya. Dengan keizinaNYA jugalah. Alhamdullilah. 

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Ramai yang ke Jepun dan kongsikan Itinerary dorang dengan Bella. Bella hargai sangat - sangat. Boleh jadikan panduan tapi tak boleh nak tiru 100% Kecuali :-
  • Bilangan ahli pergi sama ramai, sama umur dan dari tempat yang sama.
  • Penginapan di Jepun sama atau tidak terlalu jauh dari penginapan kita tempah.
  • Tempat menarik yang hendak dituju sama.
  • Bilangan hari pergi sama lama. 
  • Tiket penerbangan waktu sama pergi dan balik. 
Jadi, kalau korang jumpa yang sama dengan korang sebijik sebulat sepetak bolehlah tiru. Bella tak jumpa yang sama macam Bella. Jadi, kenalah buat sendiri.

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Dalam masa setahun tau Bella buat. Tapi slow - slow la. Takdalah push sangat. Cuma perancangan kali ini terlalu perlahan sebab Bella tersalah langkah. Malam nak pergi tu, Bella masih study map Tokyo. Kah2x. Korang ambil pengajaran dan sini Bella kongsikan 8 TIPS BUAT ITINERARY SENDIRI UNTUK KE JEPUN.

1. PILIH TEMPAT MENARIK DAN TUJUAN UTAMA TERLEBIH DAHULU

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Korang kena pilih dan tentukan tempat wajib korang nak pergi. Korang ke Jepun untuk apa? Tentukan dan tetapkan satu per satu dulu. Maknanya, itinerary korang tu, apa pun terjadi kena pergi ke situ dulu. Takut air liur menjejes sebab tak sempat pergi. Macam Bella tujuan utama adalah USJ, Disneyland dan DisneySea. Memang takda yang nak kesini kalau Backpackers. Hahaha. HB Bella yang nak pergi sangat. Dia pencinta taman tema ni. Jadi ikutkan sajalah. 

2. TENTUKAN BILANGAN HARI DAN WILAYAH YANG HENDAK DITUJU

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Korang dah tahu nak pergi mana, dah ada tempat menarik nak pergi. Tentukan pula tempat menarik yang korang nak pergi sangat tu dekat wilayah mana? Adakah semuanya berada di Kansai? ataupun separuh Osaka separuh Tokyo? Macam Bella, USJ di Osaka. Disneyland dan Disneysea Tokyo. Ketiga - tiga tempat ini kena habiskan satu hari penuh dekat situ saja. Tak boleh pergi mana - mana dah. Tak boleh selit tempat lain sebab masuk pun mahal. Huhuhu. Jadi kenalah lama sikit untuk cover tempat menarik pilihan kedua. 

3. KAJI SETIAP TEMPAT MENARIK YANG HENDAK DITUJU

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Ini penting. Dah tahu, dah susun tujuan utama. Kaji dulu. Lokasi dekat mana? Bayaran masuk berapa? Buka dan tutup jam berapa? Pergi kesana guna pengangkutan apa? Takut korang sampai tutup atau tak sempat masuk atau sesat. Macam Bella, taman tema kena kaji cuaca juga. Masa Bella pergi, taufan baru saja habis. Taufan paling teruk pula tu. Jadi Bella ambil keputusan untuk beli tiket walk in sahaja. Takut kalau cuaca buruk. Rugi masuk banyak permainan tak boleh main kan? 

4. PILIH TEMPAT MENARIK YANG LAIN UNTUK DISELITKAN

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Bila korang dah kaji setiap tempat menarik yang korang nak pergi, korang bolehlah selitkan tempat menarik pilihan kedua yang korang nak pergi sangat dan yang sempat. Bella macam teringin nak ke Kyoto juga. Jadi susun tengok hari yang kosong. Jadi memang amazing race sangat itinerary Bella sebenarnya. 6 hari saja. Kyoto, Osaka dan Tokyo. Perghhh. Pecah jari kaki. 

5. PILIH PENGINAPAN DENGAN LOKASI TERBAIK

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Penginapan kenalah pilih lokasinya yang dekat dengan pengangkutan awam dan harga yang masuk akal. Kami tak perlukan hotel mewah sebab kami akan gunakan tak sampai 5jam pun. Bella banyak baca cadangan - cadangan dari FB Road To Japan. Terima kasih dengan dengan semua ahli group ini dan tok - tok yang pakar dalam group ni. Terlalu banyak info Bella kutip. Tapi korang jangan dah bagi makan nak kena suap plak. Study juga la dekat google map lokasi sebenar dan baca review pasal hotel yang korang dah pilih. Sebab!! citarasa masing - masing berbeza. Bajet pun berbeza. 

6. PILIH JENIS PENGANGKUTAN YANG HENDAK DIGUNAKAN

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat untuk ke lain - lain wilayah saja. Contoh Tokyo ke Osaka. Osaka ke Fuji. Kalau dekat - dekat satu wilayah, korang kena susun itinerary korang, mengikut lokasi dulu. Susun ikut Google Maps. Kadang - kadang tempat menarik ini sangat berdekatan antara satu sama lain. Korang jangan susun ikut perjalanan atau laluan train. Train akan sentiasa berubah - ubah. Tempat tumpuan pelancong kadang - kala banyak line train yang pergi. Jadi, jangan study map train. Tapi study kedudukan tempat menarik mengunakan google maps dulu. Planing yang teliti dan betul akan jimatkan masa dan buatkan banyak tempat korang sempat sampai.

7. PILIH PASS

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Inilah yang terakhir dan akan membuatkan kepala korang pening hampir nak pecah. Bella bila study je pasal pass, tertidur kepeningan. Susah. Bila study pasal pass, automatik korang kena study juga pasal laluan train. Pass Jepun banyak dan berbeza - beza dan Bella pun tak mampu nak taip sekarang untuk jelaskan lebih lanjut dekat korang. Nak taip pasal pass je terus berdenyut kepala. Teringat  study pasal Pass Japan aritu fail. Bella hanya ambil ICOCA. Macam touch n go Malaysia. Settle. Pening sangat tak boleh nak hadam. 

8. SUSUN ITINERARY MENGIKUT KEMAMPUAN SETIAP AHLI

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Itinerary jangan terlalu padat. Jujur Bella cakap. Itinerary Bella sangat padat tersangat sebab nak kejar masa dan Bella di Japan sangat singkat. Satu hari Bella target boleh pergi ke 13 tempat menarik yang berdekatan. Korang yang bawa anak kecil atau orang tua, percayalah. Mungkin satu hari sempat 1 - 3 tempat saja. Contoh masa di Kyoto Bella target :-

  1. Arashiyama Bamboo Groove
  2. Tenryu-ji Temple
  3. Kimono Forest
  4. Arashiyama Chaya (Green Tea sedap)
  5. Halal menu Yoshiya
  6. Kyoto Tower
  7. Ayam-Ya
  8. Fushimi Inari Taisha
  9. Shimada
  10. Kongoji Temple 
  11. Ninenzaka
  12. Kiyomizudera
  13. Nishiki Market

Banyak kan? Bella dah kira masa sesat. Route terpantas. Siap hafal masa train lagi. Memang nak cover semua la targetnya. Semua ini dalam Kyoto dan sangat dekat bila tengok Google Maps. Tapi yang merah tu terpaksa Bella skip sebab tak cukup masa. Tempat cantik. Kena hayati sekejap. Nak snap OOTD terbaik lagi. Nak ke satu tempat ke satu tempat kena jalan kaki cukup jauh. Basah baju. Makan pun sempat sekali je. Bayangkan la penatnya macam mana. Bawa bag lagi. Tapi puas hati la. Separuh juga cover.

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Bella stuck lama giler masa nak pilih pass untuk digunakan. Akhirnya pakai ICOCA saja. Hmm. :'( Sebab perjalanan Bella tak memerlukan apa - apa Pass. Pass ini sebenarnya akan menjimatkan banyak kos pengangkutan korang. Sebab tu siapa yang nak jimat silalah study sampai Pass. Kesilapan Bella sebenarnya :-
  • Terlalu memikirkan PASS yang hendak digunakan. 
  • Susun tempat menarik akhir sekali. 
Sila jangan ulang kesilapan yang memilukan ini. Sampaikan Maps Tokyo Disneyland dan Disneysea tak sempat nak hadam. Pergi je mana yang lalu. Ok. InshaALLAH ada masa Bella sambung lagi. Semoga bermanfaat. 

You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.