26 December
SPEK MURAH DENGAN LENS ALPHA BLUE 420 MEMANG TERBAIK!!
26 December Paling susah nak cari cermin mata. Kena sangat - sangat memilih dan cerewet dalam memilih. Sebab cermin mata mahal sangat kan? Beli satu pakailah sampai jahanam. Bella selalunya beli satu memang jaga baik - baik. Lepas pakai lap. Simpan baik - baik jangan bagi orang usik. Bella rabun silau. Spek amat diperlukan semasa memandu. Spek yang Bella pakai sekarang dah lebih 5tahun tak tukar. Aritu tukar sekali je sebab HB patahkan. Bila terbaca viral ada kedai spek murah dekat Sungei Wang Plaza, terus Bella terjah. Takkan nak dengar saja cakap orang kan? Kite pergi tengok sendiri. Baru puas...