cantik
Fashion muslimah
fesyen
Idea Cantik
Kongsi Sikit
Kuala Lumpur
mekap
Review By Saya Isabella Idura
Shopping Here
Tip
Tips cantik
SPEK MURAH DENGAN LENS ALPHA BLUE 420 MEMANG TERBAIK!!
26 December
Paling susah nak cari cermin mata. Kena sangat - sangat memilih dan cerewet dalam memilih. Sebab cermin mata mahal sangat kan? Beli satu pakailah sampai jahanam. Bella selalunya beli satu memang jaga baik - baik. Lepas pakai lap. Simpan baik - baik jangan bagi orang usik. Bella rabun silau. Spek amat diperlukan semasa memandu. Spek yang Bella pakai sekarang dah lebih 5tahun tak tukar. Aritu tukar sekali je sebab HB patahkan. Bila terbaca viral ada kedai spek murah dekat Sungei Wang Plaza, terus Bella terjah. Takkan nak dengar saja cakap orang kan? Kite pergi tengok sendiri. Baru puas hati. SPEK MURAH DENGAN LENS ALPHA BLUE 420 MEMANG TERBAIK!! Nama kedainya EYE PRO VISION. Jangan salah kedai plak yer. Nanti korang tak dapatlah spek dengan harga yang sangat murah.
EYE PRO VISION SUNGEI WANG PLAZA
Yay!! dah jumpa kedai spek viral sebab harganya yang murah sangat ni! ini pun Bella dah lambat. Hari tu Rm38 sahaja. Sekarang dah jadi Rm65. Korang jangan silap tau. Rm65 tu cermin sekali dengan bingkai. Bukan bingkai sahaja. Bella sampai kul 11 pagi. Dah ada orang ok. Siap ada beberapa orang pelanggan tetap yang datang awal sebab tahu yang kedai ini akan penuh. Lagi - lagi musim cuti ni kan? Ini sebenarnya cawangan yang ke 7, jadi pelanggan tetap ini dari kedai yang terdahulu. Mungkin sebab ini kedai baru, jadi dorang nak tukar angin. Ini cawangan baru yang dibuka. Datang sini senang jer. Kalau korang menggunakan public transport naik MRT sampai Bukit Bintang, jalan sikit jer, dah sampai Sungei Wang Plaza.
Kedai ini pulak rupanya kat Ground Floor je. Senang sangat nak cari. Sebelum pilih, tanya dengan tuan punya kedai, betul ke Rm65 sahaja? Murahnya. Ada untung ke? Willian kata,
"Untung sikit takpe, janji semua mampu beli cermin mata. Lagi - lagi dulu i pernah susah. Tujuan utama i mahu tolong orang semua mampu beli cermin mata. Bukan untung. You tolong kasi tahu kawan - kawan. Bagi semua dapat dengan harga murah. "
Omg! Oppa idaman. Nasib i dah kawen tau. Baiklah. Niat you baik. I tolong kasi tahu semua orang. Tapi betul ke kualiti? Baik cuba dulu. Kang dah kecoh sana sini, rupanya jenis tak bagus punya. Biasalah. Peniaga mana mahu rugi betul tak? Jadi, Bella check tahap kesihatan mata Bella dulu. Beratur. Sorang - sorang. Jangan korang pergi tolak plak orang yang tengah check mata tu. Dapat je result, simpan. Senang kepilkan dengan bingkai cermin mata yang kita pilih. Tapi ikut korang lah. Nak pilih bingkai dulu pun boleh.
"Untung sikit takpe, janji semua mampu beli cermin mata. Lagi - lagi dulu i pernah susah. Tujuan utama i mahu tolong orang semua mampu beli cermin mata. Bukan untung. You tolong kasi tahu kawan - kawan. Bagi semua dapat dengan harga murah. "
Omg! Oppa idaman. Nasib i dah kawen tau. Baiklah. Niat you baik. I tolong kasi tahu semua orang. Tapi betul ke kualiti? Baik cuba dulu. Kang dah kecoh sana sini, rupanya jenis tak bagus punya. Biasalah. Peniaga mana mahu rugi betul tak? Jadi, Bella check tahap kesihatan mata Bella dulu. Beratur. Sorang - sorang. Jangan korang pergi tolak plak orang yang tengah check mata tu. Dapat je result, simpan. Senang kepilkan dengan bingkai cermin mata yang kita pilih. Tapi ikut korang lah. Nak pilih bingkai dulu pun boleh.
SPEK MURAH DENGAN BINGKAI TAHAN LASAK DAN REKABENTUK TERKINI
Orang ramai. Always. Benda tengah panas kan? Bella kena pilih cepat ni. Tapi rambang mata pula. Semua cantik - cantik dengan design terkini. Mana satu nak pilih ni? Macam mana tak rambang mata? 2 Ribu lebih jenis spek semua harga rm65 saja. Bingkai sekali dengan lens multicoated tau. Selalu nampak yang bingkai sahaja promo kan? Terkejut. Semua berebut - rebut pilih. Masing - masing langgar bahu masing - masing. Bila Bella cuba, orang sebelah jeling. Bila orang sebelah cuba Bella jeling. Tengok pilihan siapa yang lagi power. Gitew.
Bingkai dari jenis trendy K-Pop sampailah yang biasa punya. Pilih punya pilih, selepas bertanya kepada beberapa orang pelanggan yang lalu lalang. Bella dapatlah spek mata yang sesuai dengan muka Bella. Kak Tati yang jumpa. Bukan Bella. HB majuk sebab tak pilih yang dia pilih. Kah2x. Ala, pilihan Kak Tati sama macam apa yang Bella nak.
Bella nak bingkai yang tebal sikit. Sebab sebelum ni dah pakai yang nipis. Lepas tu Bella nak bingkai yang boleh kepak - kepak tu. Korang kangkangkan bingkai tu luas2x pun dia masih maintain. Tak patah. Tapi korang jangan memandai - mandai plak datang terus kepak setiap bingkai. Dia ada jenis - jenisnya. Minta saja bantuan staff kan sini ok. Kalau ada William panggil je dia. Dari nak beli satu, terus rasa nak borong dengar Willian explain.
LENS ALPHA BLUE 420 PILIHAN YANG TERBAIK!!
Korang tengok gambar pertama tu yang menunjukkan lens Alpha Blue 420 yang betul - betul menghalang sinar UV. Macam mana lens itu diuji? Menggunakan mesin UV. William meletakkan dua jenis cermin dan masukan ke dalam mesin sinar UV. Macam magik! Bahagian yang terhalang dengan lens Alpha Blue 420 tidak ditembusi dengan sinar UV. William letak cermin tu lama tau dalam mesin tu. Bukan sesaat. Kebaikan Lens Alpha Blue 420 :-
- Memudahkan pemanduan pada waktu malam sebab ia menghalang dari silauan lampu
- 100% menghalang sinar UV samada dari skrin komputer, telefon ataupun TV.
- 100% menghalang ultra unggu (UV420).
- Kalis air.
- Tahan lasak ( Tak mudah calar )
- Senang dicuci.
Terbaik kan? korang jangan tak tahu. Cermin ini harga kat luar, Rm250 dan keatas tau. Tak cukup, Bella nak tengok lagi. Masih sukar dipercayai.
Bella minta nak pegang laser dan buat sendiri. Hah! Bella syak sampai dekat cermin Alpha Blue 420 ni, William off kan laser tu. Sebab takda bukti kot, Tak nampak apa pun. Inilah result nya. Sepanjang penerangan dari William, Bella tak abis - abis teruja. "wah!" "wow" "hebatnya" "Magic" kah2x. Bella tak pernah lagi beli cermin mata dapat penerangan sebaik ini. Thank you to owner William yang humble dan sangat baik hati. Rasa berbaloi sangat datang pagi - pagi jauh dari Rawang. Kalau korang macam 'Iyalah tu'. Bawah ada video. Silalah play. Ok. Jadi Bella tanpa berfikir panjang tambah saja lagi Rm60. Sayang mata. Tapi harga berubah mengikut power tau. Bella tak rabun kuat sangat. Bella rabun silau saja. Jadi memang harga tetap Rm125 sekali lens Alpha Blue 420.
SIAP DALAM MASA 1JAM ATAU KURANG DARI SEJAM MENGIKUT JUMLAH PELANGGAN
Masa Bella pergi, kedai ni memang penuh dengan orang tapi siap cepat dalam masa 1 jam sahaja. Tapi Bella antara yang terawal. Kalau lambat, korang tunggu lambat sikit la yer. Bella check mata dengan William. William kata kalau ok, tunjuk bagus satu tangan. Tapi Bella bagi dua bagus. Bagus, bagus dan bagus. Oppa hemsem service ma. kah2x. Benda betul, dia model tau. Hebat.
Pergi makan kejap, naik atas. Saja tengok. Takdalah mengharap sangat dah siap. Sekali yes. Bella, you punya dah siap. Cuba pakai dan look around. Wow! Duniaku semakin berseri dan berwarna - warna. Lampu pun nampak bersinar - sinar dan tak menyakitkan. Sindrom dah tua. Rabun memang tak boleh lari. Tapi dengan harga mampu milik ni, Bella berjaya memandang lampu dalam kedai tanpa berkedip. Kalau tak pedih!. Terima kasih William.
Lupa!! Spek lelaki pun cantik. Lagipun kebanyakan bingkai sesuai untuk lelaki dan perempuan. Rugi sangat siapa yang tak percaya dan tak buat cermin mata dekat Eye Pro Vision Sungei Wang ni. Dahlah kedai murah, mana ada tempat lain cermin macam ni, dengan harga murah, pulak tu siap dalam 1 jam. Selama ini, pengalaman Bella memang kena tunggu sekurang - kurangnya paling cepat 3 hari. Sementara tu, kalau bingkai patah, ikatlah dulu pakai getah. Kalau pecah satu, pakailah jelah sebelah dulu. HB Bella selalu pecah, patah dan hilang. Pakai Bella punya cermin mata dulu. Dah terpaksa. Sekarang dah mudah. Request dekat William kata urgent. Pastu bodek sikit kata dia hemsem 10x plus kata "i kawan Bella" For sure setengah jam dah siap. Hehehe. Lokasi kedai :-
EYE PRO VISION
GROUND FLOOR G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR.
Jalan salah kedai pula. Nanti tak dapat harga murah. Semoga bermanfaat.
2 ulasan
murah sangat.. kita punya yang biasa2 je pun x dpt harga tu..
ReplyDeleteKalau power 900 berapa harga
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.