JOM KITA KE MALAYSIA HALAL EXPO 2019
23 January
JOM KITA KE MALAYSIA HALAL EXPO 2019. Korang tahu tak yang Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) akan menganjurkan Ekspo Halal Malaysia 2019 pada 24 hingga 26 Januari bagi mempromosi produk dan perkhidmatan halal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Kenapa Bella ajak dan rasa kita semua mesti singgah dan pergi ke Ekspo Halal Malaysia 2019 ini? Korang baca sampai abis ok?
Inilah antara sebabnya. Berbagai aktiviti menarik sepanjang Ekspo Halal Malaysia 2019 iaitu :-
- Pameran
- Padanan perniagaan oleh SME Corp Malaysia
- Facebook Live bersama wakil kementerian dan agensi
- Sesi perbincangan ringkas
- Penyampaian Anugerah Cabaran Inovasi Islam
- Sesi business matching.
Turut dinyatakan akan diadakan juga pameran sebanyak 320 booth yang mempromosikan produk dan perkhidmatan halal oleh usahawan export-ready yang melibatkan enam bidang iaitu :-
- Makanan dan minuman (F&B)
- Bahan ramuan
- Bioteknologi
- Kosmetik
- Penjagaan kesihatan
- Farmaseutikal serta logistik.
Terdapat juga perkongsiaan ilmu (Knowledge Sharing). Bagi usahawan pula, program yang paling di tunggu-tunggu adalah sesi business matching di mana terdapat 300 sesi padanan perniagaan dengan 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara Malaysia dan Jepun. Selain itu, sesi padanan ini dapat memperluaskan dan meningkatkan pasaran produk halal Malaysia ke Jepun.
Jadi usahawan jangan lepaskan peluang keemasan ini. Korang yang nak tahu produk halal yang bakal mewarnai Jepun pun mesti datang. Takdalah was - was bila sampai Jepun nanti. Masuk percuma tau. Bella pasti akan turut hadir ke Ekspo ini. Untuk makluman lebih lanjut bolehlah www.halal-expo.my.
5 ulasan
menarik
ReplyDeleteTerbaik expo ni. Senang nak cari makanan halal kat jepun nnt
ReplyDeleteJom ppergi ramai-ramai. Sempat lagi ni.
ReplyDeleteBestnya ada ekspo macam ni kan Bella .. kalau dekat2 kakya dah terjah dah ni .. Semoga ekspo cam gini dapat memberi manfaat buat para usahawan dan juga pengunjung .. sama2 kita support industri Halal Malaysia .
ReplyDeletetadi dah pergi, memang macam2 produk ada tau..dari pagi samapi petang..hahaa..dah membeli juga tadi..sebab produk tu sedap dan mudah dimasak..heheee..beli juga kosmetik tadi..kihkih
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.